Si Belalang Pengacau: Kaedah Organik Pencegahan Bagi Tanaman
Belalang memang cukup degil. Sepanjang pengalaman kami menanam pada skala komersial, jika beberapa hari saja ‘miss’ sembur, lubang-lubang mulalah banyak. Lagi-lagi jika anda tanam jenis tuaian hasil sayuran. Memang favourite dia lah nak datang.
Dalam organik, sepanjang pemerhatian kami, langkah untuk membunuh belalang tiada setakat ini. Bagi kami, belalang ada juga baiknya, hasil yang berlubang sikit-sikit merupakan antara kriteria baik yang sayur itu sihat dan tidak berbahaya untuk dimakan. Jangan beli yang nampak ‘perfect’ sangat, itu tanda awal racun kimia digunakan dengan rakus dan tidak terkawal.
Kami cakap awal-awal, nak bunuh tiada ya. Kawalan dan pencegahan ada. Setakat ini, yang bersifat membunuh didalam organik hanya terhad kepada 2 bahan iaitu semambu dan thuringiensis. Itu pun bukan ‘instant’ atau segera. Perlu masa kerana ini bahan organik yang merencatkan sistem badan serangga jangka panjang. Itu pun bukan semua spesis akan terkesan.
Dah botak tanaman, fikir masalah belalang. Mudah saja kawal dengan beberapa jenis semburan racun organik pencegahan. Konsepnya, begini, jika kita tak sembur, dia akan datang makan sampai licin. Kalau kita sembur dan selalu sembur, daunnya akan kelat, keras dan mengganggu selera belalang. Dari situ, serangga ini akan beralih sasarannya memakan bahan lain yang lebih mudah dia dapati. Faham?
Berikut antara bahan yang sesuai bagi spesis belalang:
.Semambu
.Bawang Putih
.Serai
.Bunga cengkih
.Lengkuas
Gandingkan bersama pelekat dan perebak bahan untuk kesan semburan yang lebih lama pada tanaman. Boleh lihat dikedai Hijau Khidir untuk info lanjut.
Apa-apa pun, serangan belalang tidak akan hilang, anda hanya boleh mengalihkan perhatiannya daripada tanaman anda dengan penyemburan konsisten dan berjadual. Nak mudah, nak cepat, guna racun kimia. Bunuh. Mati memang pasti. Tapi dengan orang-orangnya mati. Dah tu, serangga ini sifatnya berevolusi dan beradaptasi, lama-lama dia kebal dan tak lut dengan racun kimia. Berbeza dengan metodologi organik yang hanya ‘mengalihkan perhatian’.
Jom mula ber-Organik!