Tinja/Tahi Sebagai Medium Tanaman Organik
Dulu kami juga suka guna sabut kelapa. Tidak lagi sekarang.
Pada pemerhatian kami, ramai yang suka guna medium ini, yg kami lihat hanya sikit kelebihannya iaitu ringan.
..
Harganya mahal, kalau berbeg-beg boleh jadi ribu habis untuk tanam banyak.
Kami guna tahi kambing 100% sebagai medium. Orang kata tinja ini panas. Taklah, kalau tahu guna.
Sejak itu tak guna dah cocopeat/sabut ini. Dahlah mahal, banyak kekurangan pula.
..
Rupanya di India dah lama dah mereka guna tahi lembu sebagai medium.
Cuma persepektif mereka lain, mereka anggap lembu suci itu Tuhan, jadi apa yg keluar dari lembu semua baik.
Kami cuma tukar sudut pandang. Iaitu organik.
..
Kami mula berOrganik. Asas organik datang dari tanah yang subur. Dari tanah yang subur, tanaman mengambil nutrisi.
Sebab itu, jika anda guna sabut kelapa sebagai medium penuh, wajib guna baja kimia. Tiada baja kimia, tak boleh hidup dia.
Kerana sabut tidak boleh menyimpan nutrisi seperti medium tanah/tinja.
..
Jadi, kalau nak guna konsep organik jangan guna sabut sepenuhnya sebagai medium, jika campuran tak mengapa.
Namun, kegemaran kami masih tahi kambing, tak panas, syaratnya perlu tahu bila pokok sudah matang untuk dialih dari fasa semaian ke anak pokok.