Sayur Rak Bertingkat & Tips Mudah

Hari ini kami ingin ajarkan anda bagaimana menjimatkan ruang dan mendapatkan hasil yang banyak dengan pasu jenis bertingkat.
Sesuai bagi yang jenis duduk di pangsapuri/kondo, ataupun mungkin yang mempunyai ruang yang terhad.
Rak bertingkat ini anda boleh dapatkan banyak dipasaran, paling mudah cari saja online, mesti ada punya.
..
Tips pertama, lokasi dan pencahayaan.
Untuk jenis sayur, dapatkan lokasi yang terkena matahari tengahhari, seperti 12-2PM sudah cukup.
Lagi bagus jika satu tempat itu ada terkena matahari, dan masa yang sama terlindung dengan bumbung.
Ini akan membantu kita dari segi penjagaan dan aktiviti meracun kerana hujan akan memberi kesan kepada serangan serangga.
..
Kedua, benih dan semaian.
Cuba untuk dapatkan benih yang bukan GMO. GMO ini adalah benih terhasil daripada pengubahaan genetik dimakmal.
Itu yang sekarang banyak yang jenis tanaman pelik-pelik. Semaian pula, kami sudah tulis banyak kali, peatmoss adalah cara termudah.
Baca di laman web, kami ada tulis sebelum ini.
..
Medium.
Tak perlu nisbah nisbah. Pening saja. Kalau anda ada tahi kambing, jadikan terus ianya sebagai medium.
Kami tanam macam-macam anak pokok terus ke medium seperti tahi kambing, sisa sawit. Semua subur elok sihat.
Cuma, bezakan anak pokok dengan anak benih semaian. Anak benih semaian belum kuat, ini kadangkala boleh jadi faktor anak benih nampak seperti panas dan kecut.
Ikuti langkah semaian kami pasti tiada masalah.
..
Seterusnya, racun & pembajaan.
Lazimi aktiviti meracun setiap 3-4 hari sekali, senang setiap ISNIN, JUMAAT. Jika hujan, ulang aktiviti meracun kerana hujan mencuci racun.
Sembur pada waktu petang, seperti jam 5-6 petang kerana serangga menyerang aktif pada waktu malam.
Pembajaan untuk sayur, cari bahan organik bersumberkan nitrogen. Nitrogen khas untuk tuai hasil dedaun seperti kebanyakkan sayuran.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search