Aphid Kutu Pokok
Sejenis serangga yang suka menyerang dan berumah di bahagian daun dan pucuk pokok.
Kerjanya menghisap daun sehingga habis keding zatnya, menyebabkan pokok terbantut, kadangkala kerinting.
Menurut kajian Universiti di Florida, ianya juga boleh menjadi agen perumah bagi virus, jika aphid itu membawa sekali virus seperti mozek, maka pokok anda akan terbantut teruk. Akhirnya tidak berbuah atau buahnya menjadi sangat kecil.
Kadangkala juga, aphid disebarkan melalui semut, kerana semut suka berkerjasama dengan aphid. Mereka saling tolong-menolong. Kerana sisa buangan aphid manis, semut suka, sebagai balasan mereka membawa aphid menjelajah ke banyak pokok dan membiak subur.
Tandanya boleh dilihat, ada bintik-bintik putih hitam kuning dibawah daun, warna tak menentu.
Tidak kisahlah ada tanda atau tidak, jika nak guna konsep organik sepenuhnya, konsep cegah sebelum kena perlu sentiasa guna. Sembur racun berkala walau tiada penyakit, bukan dah kena penyakit baru nak sembur, ini ramai yang salah.
Saranan racun organik untuk pencegahan dan penggawalan boleh gunakan cuka kayu, kunyit, bawang, semambu, halia dan lengkuas. Ingat, konsep penting dalam dunia organik juga untuk tidak hanya bergantung kepada 1 jenis racun atau baja saja.
Kepelbagaian ini penting untuk menggelakkan serangga beradaptasi atau lali terhadap bahan racun yang sama, dan juga untuk baja, kepelbagaian dapat menggelakkan kekurangan nutrisi terjadi hasil semburan sumber baja yang sama.