Hama Hamama Kutu Daun Spider Mites
Hama juga dipanggil hamama merah, kutu daun, spider mites dalam english .
Kerjanya lebih kurang sama seperti kutu trip thrips dan aphid kutu pokok. Menghisap dan berumah dibelakang daun dan pucuk.
Kebiasaannya pokok yang diserang akan keras daunnya, keriting ke bawah dan kadangkala layu kehitaman.
Serangga ini sangat suka tinggal dibawah daun kerana tempatnya yang redup dari sinaran mentari dan juga sumber makanannya banyak berkumpul disitu.
Tidak kisahlah ada tanda atau tidak, jika nak guna konsep organik sepenuhnya, konsep cegah sebelum kena perlu sentiasa guna. Sembur racun berkala walau tiada penyakit, bukan dah kena penyakit baru nak sembur, ini ramai yang salah.
Saranan racun organik untuk pencegahan dan penggawalan boleh gunakan cuka kayu, kunyit, bawang, semambu, halia dan lengkuas. Ingat, konsep penting dalam dunia organik juga untuk tidak hanya bergantung kepada 1 jenis racun atau baja saja.
Kepelbagaian ini penting untuk menggelakkan serangga beradaptasi atau lali terhadap bahan racun yang sama, dan juga untuk baja, kepelbagaian dapat menggelakkan kekurangan nutrisi terjadi hasil semburan sumber baja yang sama.