Lalat Buah Fruit Flies

Lalat buah sedikit istimewa kerana dia tidak menyerang pucuk ataupun daun.

Lalat buah hanya menyerang buah saja seperti namanya.

Juga, hanya lalat betina yang akan membuat durjana. Ketika hamil, lalat buah ini akan mencari kawasan buah untuk bertelur. Ianya akan menebuk buah kemudian bertelur didalamnya.

Hasilnya, telurnya akan menetas dan memakan buah dari dalam. Dan beranak pinak pula, kadangkala masuk ke tanah dan merosakkan akar dari bawah pula.

Kesannya, buah berlubang dan isi dimakan.

Cara organik atasi

Pertama, perangkap lalat buah. Cari saja di pasaran banyak dan bermacam jenis. Lalat buah akan terperangkap dan mati perlahan-lahan.

Kedua, saranan racun organik untuk pencegahan dan penggawalan boleh gunakan cuka kayu, kunyit, semambu dan racun BT. Semua boleh dapatkan di shopee Hijau Khidir. Ingat, konsep penting dalam dunia organik juga untuk tidak hanya bergantung kepada 1 jenis racun atau baja saja.

Kepelbagaian ini penting untuk menggelakkan serangga beradaptasi atau lali terhadap bahan racun yang sama, dan juga untuk baja, kepelbagaian dapat menggelakkan kekurangan nutrisi terjadi hasil semburan sumber baja yang sama.

Gabungkan kedua-dua cara ini, pasang perangkap dan racun racun organik saranan secara konsisten. Masalah akan dapat diatasi.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search