Durian Berkelemumur, 6 Cara Organik Pengawalan Kulat
Soalan yang sangat sering ditanya, macam mana nak rawat ini?
Sebenarnya, ini adalah serangan kulat pada daun. Di luar negara, ianya dipanggil powdery mildew.
Penyakit ini berpunca dari kulat, sangat lazim mengenai tanaman, juga turut menyerang pokok bunga seperti ros. Tandanya, banyak daun bertompok tompok putih. Juga kadangkala terkena di batang mahupun buah.
Untuk buah, biasanya yang tanam betik atau mangga selalu nampak.
Kalau kena daun, biasanya kesannya akan menyebabkan daun mati dan gugur, kalau berjangkit ke bunga, gugurlah bunganya nanti, mana nak datang buah kalau bunga dah layu dan jatuh. Ini pastinya akan beri kesan kepada penghasilan buah yang optimum untuk penanam durian.
Jadi apa langkah yang organik untuk elakkan ini terjadi:
1. Tingkatkan Pengudaraan
Rajin cantas daun yang tak perlu, pencantasan akan meningkatkan pengudaraan pada pokok. Bila udara boleh lalu, suasana lembab akan dapat dikurangkan, penyakit kulat juga dapat dicegah.
2. Cahaya Matahari
Pastikan pokok menerima 6 jam cahaya matahari sehari atau lebih. Pendedahan yang lebih kepada cahaya bukan saja baik untuk pokok melakukan proses fotosintesis, bahkan dapat elakkan kulat dari tumbuh.
3. Pencuci/Pengkumur Mulut
Menurut kajian Jeff Gillman, dari University of Minnesota USA, bahan ini terbukti boleh digunakan untuk pencegahan kulat, cuma perlu berhati-hati dengan nisbah yang nak digunakan takut cedera pokok nanti.
4. Baking Soda
Ini selalu orang guna untuk pembuatan kek, juga terbukti secara klinikal mampu untuk pencegah kulat dan fungus. (Racun Organik Baking Soda Hijau Khidir)
5. Semambu
Semambu dah digunakan petani dari India sejak ratusan tahun, bahan bersumberkan semambu bukan saja bagus untuk kulat, bahkan fungsi 2-in-1 juga mampu merencatkan sistem kebanyakan serangga, kerana serangga sangat terkesan dengan herba semambu. (Racun Organik Semambu Hijau Khidir)
6. Cuka Kayu (Edisi Khas Kulat)
Bahan ini kami formulasikan khas, hasil pembakaran kayu tanpa udara, cuka kayu bukan saja bertindak sebagai agen pencegah kulat, bahkan juga mampu bertindak sebagai baja, terbukti berkesan, sudah disahkan secara kajian makmal di Jepun.
Kebanyakan petani Jepun juga mengamalkan penggunaan cuka kayu disana. Cuba tengok pokok-pokok di sana, majoritinya buah-buahnya subur-subur. (Cuka Kayu Edisi Kulat Hijau Khidir)
Ringkasan infografik:
Kuasai Penanaman Bunga Ros Organik, 2 Penyakit Biasa Namun Bahaya | Hijau Khidir
4 years ago[…] penyakit ini muncul. Kalau dah kena peluang utk bunga ros hidup 50-50. Kalau nasib baik, hidup. Blackspot datang dari kulat. Penyakit kulat ini tiada ubat, walaupun racun […]