Oriental Herbal Nutrient (OHN), Baja Campuran Herba
Oriental Herbal Nutrient (OHN) adalah sejenis baja organik.
Terbahagi kepada 2 jenis iaitu ekstrak dari kayu manis/angelica acutiloba (tongkui) /licorice (kamchoo) dan ekstrak dari bawang putih/halia.
Kebaikan bahan OHN:
1.Meningkatkan kandungan nutrien dalam tanah
2.Meningkatkan kesuburan tanaman.
3.Mengubati dan mencegah serangan kulat.
4.Membantu metabolisme tanaman.
Penyediaan OHN menggunakan ekstrak dari kayu manis/angelica acutiloba (tongkui)/licorice (kamchoo):
1.Masukkan kulit kayu manis (1/3 bahagian bekas)
2.Masukkan tuak (15% alkohol) sehingga tenggelam kulit kayu manis.
3.Tutup dengan kertas, Ikat dan simpan selama 24 jam.
4.Masukkan gula merah sama banyak dengan campuran bahan 1 dan bahan 2 dan tutup dengan kertas.
5.Biarkan 4-5 hari atau sehingga tiada bau “medicinal smell”
6.Masukkan spirit (37% alkohol) dan tutup ketat. Biarkan selama 7-10 hari .
7.Tapiskan cecair dan ekstrak semula sehingga 3-5 kali seperti proses diatas atau semasa langkah 6 campuran itu ditambah dengan spirit sebanyak 3-5 kali dan tapis selepas 7-10 hari.
Penyediaan OHN menggunakan Ekstrak dari bawang putih dan halia:
1.Hiris bawang putih/halia.
2.Masukkan dalam balang.
3.Gula merah dicampurkan sama banyak dengan kadar 1:1
4.Tutup dengan kertas dan ikat.
5.Simpan ditempat redup selama 5-7 hari.
6.Tapis dan simpan dalam bekas dan sedia untuk digunakan.
Cara menggunakan OHN
Campurkan OHN pelbagai jenis pada kadar 2:1:1:1:1 iaitu 6 angelica,3 kayu manis,3licorice,3 bawang putih dan 3 halia. Setelah itu, campurkan 18 liter air dengan 18 ml campuran OHN di atas.