Kuasai Penanaman Bunga Ros Organik, 2 Penyakit Biasa Namun Bahaya
Penanaman bunga ros merupakan antara hobi yang memerlukan kos yang tinggi. Lebih-lebih lagi menggunakan konsep organik. Secara umum terdapat lebih 30 spesis bunga ros yang pelbagai. Semuanya cantik-cantik bunganya.
Jadi, pasti bukan mudah untuk ros ditanam tanpa sebarang penyakit yang pasti kena. Asas untuk berjaya dalam penanaman organik perlulah mempunyai displin yang tinggi. Kerana penjagaan bunga ros memerlukan ketelitian dan konsistesi yang berterusan.
Jika anda boleh jaga 2 penyakit ini secara organik, insyaAllah penjagaan yang rumit akan menjadi lebih mudah bagi bunga ros. Antara penyakitnya:
1. Blackspot
Musim hujan, penyakit ini muncul. Kalau dah kena peluang utk bunga ros hidup 50-50. Kalau nasib baik, hidup. Blackspot datang dari kulat. Penyakit kulat ini tiada ubat, walaupun racun kimia.
Solusi terbaik dan organik? Guna konsep mengcegah lebih baik dari mengubati, Beringat sebelum kena. Perlu sembur racun organik berkala dan konsisten, saranan berdasarkan jabatan kerajaan MARDI 3,4 hari 1x (sekali).
Sembur racun organik yang terbukti boleh mencegah kulat, seperti cuka kayu (kami ada khas untuk kulat), racun semambu, racun kunyit dan racun bawang organik. Pelbagaikan untuk kesan optimum kerana sesetengah kes, 1-2 produk tak menjadi, jadi memang perlu pelbagaikan.
2. Kutu thrip
Ini memang biasa sangat, dah berkali-kali kami tulis pasal serangga ini. Kutu thrip sejenis serangga. Suka berumah dibawah daun, celah kelopak, dia akan hisap nutrisi pokok, itu yang jadi kerinting, berkerekok, kadang-kala layu hancus. Solusi organik sama seperti blackspot.
Perlu diingat, jika betul anda mahu jadi stick pada organik, tak boleh malas. Penanam organik perlu rajin, konsisten. Kebanyakkan produk organik perlu digunakan secara berterusan dan bukannya on off. Dari konsistensi itu akan datangnya hasil.
Ringkasan infografik: