Pokok Tomato Malu? 5 Panduan Organik Rawat Layu Bakteria

Layu bakteria, layu fusarium benda yang sama. Pokok layu kerana serangan bakteria di medium yang ditanam. Orang inggeris panggil wilt fusarium.

Boleh jadi pada tanah dan boleh jadi pada sabut kelapa. Pendek kata mana bakteria boleh hidup, dia boleh serang. Untuk kes pokok tomato, patogen yang sebab layu ialah Ralstonia Solanacearum.

Kisahnya begini, bakteria akan berkumpul dan buat onar di bahagian akar, batang, lama kelamaan bahagian ini membengkak sekaligus nutrisi tidak boleh lalu lalang antara akar ke pokok. Sedia maklum fungsi akan sebagai penyebar dan pengangkut nutrisi.

Pemangkin bakteria ini ada beberapa, cuaca terlalu panas, keadaan lembab dan pH tanah terlalu tinggi. Ini semua menjadi faktor pembiakan patogen layu bakteria tadi.

 

Ubat? Tiada.

Racun kimia pun tiada.

Bahkan bakteria ini juga boleh merebak, melalui anda pegang, peralatan, penggunaan tanah/medium yang sama dan sebagainya.

Organik boleh, ikut nasib. Jika masih peringkat awal, kadangkala boleh rawat.

Solusi paling power dan organik? Cegah sebelum kena. Jaga sebelum kena!

Untuk kes ini, perawatan tanah. Wujudkan dominasi bakteria baik di tanah, bila bakteria baik mendominasi satu kawasan, geng-geng jahat tak boleh masuk, sebab abang kawasan dah jaga. Hebat tak ciptaan Tuhan?

Sebab itu penting untuk perawatan tanah sebelum mula menanam, juga ada orang guna kaedah penggiliran tanaman. Ini juga salah satu. Sebab apa? Bakteria ini mungkin boleh serang pokok tomato, tapi bakteria ini tiada kesan kepada pokok durian sebagai contoh.

Jadi secara mudah, ini cara organik untuk atasi layu bakteria // fusarium;

1. Rawat tanah (boleh guna kitosan, faa, em, thricoderma, lain-lain, dapatkan produk organik Hijau Khidir)

2. Penggiliran tanaman

3. pH tanda berada dalam julat 6.2 – 6.5

4. Bersihkan peralatan

5. Cuci tangan

 

Ringkasan infografik:

 

tomato-layu-bakteria-fusarium-wilt

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search