Unsur Nutrisi Calcium Phospate, Panduan Pembuatan Organik
Calcium phospate merupakan salah satu nutrisi yang diperlukan tumbuhan. Unsur ini dapat diperoleh secara semulajadi di tulang dan telur.
Hari ini kami ingin berkongsikan resepi bahan untuk pembuatan baja organik berunsur calcium phospate. Kami peroleh dapatan ini selepas melakukan lawatan ke Pejabat Pertanian Perak.
Kaedah 1 – Tulang P (C a)
Antara bahan yang diperlukan ialah tulang, cuka asli (cuka beras/cuka nipah/cuka kelapa), kertas putih,rubberband/tali,bekas kaca/plastik)
Cara membuat:
1.Bakar tulang sehingga menjadi warna putih.
2.Campurkan tulang dan cuka asli kadar 1:10 Kg.
3.Tutup dengan kertas dan ikat
4.Simpan selama 30 hari dan tapis.
5.Simpan dalam bekas kaca/plastik.
Kaedah 2 – Kulit telur
Bahan-bahan yang diperlukan ialah kulit telur bakar,cuka asli (cuka beras/cuka nipah/cuka kelapa),kertas putih,rubberband/tali,bekas kaca/plastik).
Cara membuat:
1.Bakar kulit telur
2.Campurkan kulit telur dan cuka asli kadar 1:10 Kg.
3.Tutup dengan kertas dan ikat
4.Simpan selama 30 hari dan tapis.
5.Simpan dalam bekas kaca/plastik.