Asas Pembajaan Pokok NPK

Untuk hidup, pokok memerlukan air, tanah, udara dan cahaya secara asasnya.

Air, udara dan cahaya sumber alami yang pokok perlu, manakala tanah pula pokok mengambil nutrisi yang ada didalamnya dan akan terguna habis. Sebab itu, pembajaan diperlukan untuk menampung keperluan nutrisi tanah.

Amnya ada 2 jenis baja, baja sintetik (kimia di estrak makmal) dan organik. Tiga unsur utama keperluan pokok adalah N-P-K. Iaitu  nitrogen (N), phosphorus (P) dan potassium (K).

Selain itu, perlu juga tambahan 10 unsur lain, tapi tak perlulah tahu buang masa.

Beza organik dan kimia ini, kimia biasanya hanya mengandungi unsur NPK yang tinggi tetapi 10 unsur tambahan tiada.

Organik pula sebaliknya, unsur NPK rendah sederhana tetapi lengkap dengan 10 unsur tambahan yang juga diperlukan pokok. Isunya kimia ini dia ibarat shortcut dalam hidup.

Baik ke?

Analogi baja sintetik kimia ini seperti anak anda yang nak ambil ujian, anda beri dia tiru dalam ujian, adakah akhir baik? Sintetik ini seperti itu, anda ajar pokok jalan shortcut untuk akses kepada nutrisi.

Beza dengan organik, pokok masih perlu belajar mengambil nutrisi dari bahan semulajadi, biarpun nutrisi hanya sederhana, dapat markah pun sederhana saja dalam ujian, tetapi buah hasilnya selamat dan sihat.

Untuk sifir mudah, NPK, N untuk daun, P untuk akar, K untuk buah.

Biasanya, tips mudah dalam pemilihan baja bergantung pada fasa, contoh cili, peringkat awal perlu lebihkan baja daun, N, besar sikit kita beri P untuk kuatkan akar, hujung-hujung utk penuaian K untuk maksimumkan kutipan hasil.

Tanda kekurangan baja lain kali kita cerita, pokok ada mekanisme untuk beri tahu tuan dia kalau dia tak cukup unsur apa.

Ringkasan infografik:

 

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search