Awas Hipotermia, 3 Cara Praktikal Memandikan Arnab
Arnab haiwan yang pembersih, tidak perlu memandikannya, perbuatan meneggelamkan arnab akan merisikonya kena terkejut dan hipotermia. Bukan bermaksud arnab tidak perlu dibersihkan.
Boleh bersih dengan beberapa cara selamat iaitu:
1. Sikat Bulu Halus
2. Tuala Lembab
3. Cuka Kayu Haiwan Peliharaan
Sikat Bulu Halus.
Mudah saja, hanya perlu sikat bulunya. Arnab memang suka disikat macam princess. Tidak semua arnab akan suka terus, kadangkala mereka takut, jadi jika ada tanda begini.
Berinya rehat sekejap, besok kita sikat lagi supaya dia melazimi rutin ini, lama kelama dia ok.
Cari sikat yang halus seperti penyikat anjing.
Tuala Lembab
Arnab tidak boleh direndam terus.
Juga tidak suka disembur kuat dengan air.
Jadi penyelesaian yang termudah gunakan mangkuk dan tuala lembab. Belai perlahan untuk bersihkan kotoran pada badannya.
Sebagai tips tambahan. Boleh aplikasikan penggunaan cuka kayu dalam 2 rutin diatas.
Jika mahu sikat, sebelum sikat, semburkan cuka kayu khas untuk arnab ini pada sikat ya, bukan pada badan arnab, nanti dia takut. Cuka kayu ini sangat berkesan untuk pencegahan organik kutu dan hama. Di Jepun sangat dilazimi penggunaannya untuk kawalan serangga petani disana.
Jika mahu guna tuala, aplikasikan dengan buat campuran bersama air suam, lembabkan tuala dan belai arnab untuk pembersihan dan pencegahan kutu. Sangat baik!
Ringkasan infografik: