Suka Masak Sup? 2 Kaedah Tanam Daun Sup Menjadi
Tuaian jenis dedaun kebiasaannya sangat mudah untuk ditanam berbanding jenis berbuah. Kerana kitaran untuk tuaian daun biasanya cepat, kalau jenis berbuah biasanya lambat, macam betik contohnya perlu miniumum 8 bulan. Lama tu.
Dan harga daun sup seikat boleh tahan di pasaran. Buat apa nak beli kalau boleh tanam mudah. Tapi banyak juga mak-mak yang cuba tanam, tak jadi. Jadi hari ini, mari kita belajar 2 cara mudah tanam daun sup.
1. Kaedah semaian
Cara paling mudah untuk semaian yang menjadi adalah menggunakan medium yang betul. Tak perlu pening campuran nisbah apa, berapa. Pakai saja peatmoss. Cari di shopee, murah saja. Kenapa peatmoss? Peatmoss seperti tanah kompos yang sudah lengkap dengan nutrisi cukup untuk pertumbuhan benih ke anak pokok, jadi kalau dah guna peatmoss, tak perlu baja pun sebenarnya untuk fasa awal.
Isi peatmoss, tabur benih sekata dalam bekas, siram air biar lembab sikit, tapi jangan sampai banjir, kemudian tutup dengan plastik hitam. Letak bawah tempat bumbung. Tunggu 5-7 hari, akan tumbuh nanti, jangan buka plastik selalu. Kalau 2 minggu tak tumbuh, itu anda salahlah itu. Kerana proses ini amat mudah.
Bila dah tumbuh, ambil yang dah bercambah, alih dalam bekas. Simpan dulu bawah tempat berbumbung utk 1 minggu untuk beri dia kuat. Baru alih tempat kena matahari penuh. Siap.
2. Kaedah akar pokok matang
Untuk cara ini juga mudah, cari pokok sediaada yang sihat. Tanda sihat ada 3, iaitu 1) warna hijau cantik, 2) akar warna putih bercambah banyak dan 3) banyak pucuk baru nak tumbuh.
Langkahnya, potong semua batang, kemudian rendam tenggalam akar selama 1-2 hari. Alih selepas itu ke bekas baru. Bila lihat akar baru makin bertambah. Simpan dulu bawah tempat berbumbung utk 1 minggu untuk beri dia pulih. Siap.
Ringkasan infografik:






