Natural Farming, Cara Biak Indigenous Microorganisms (IMO)
Hari ini kami ingin bercerita mengenai mikrobes didalam pembajaan.
Peranan Indigenous microorganism dan baja-baja organik dalam sistem Natural Farming sangat dititikberatkan.
Bagaimana Mikroorganisma ini dibiakkan?
Mikroorganisma ini dibiakkan melalui berbagai peringkat iaitu IMO 1 hingga IMO 5. Ia akan digunakan dalam penyediaan kompos bagi mempercepatkan proses pereputan.
Bahan dan Peralatan Indigenous Microorganism(IMO)
Bahan-bahan yang diperlukan ialah nasi sejuk, gula merah, air beras dan dedak beras (rice bran).
Selain itu, sediakan juga peralatan seperti bekas kayu/plastik/seramik. Kedalaman bekas mestilah sekurang-kurangnya 10 cm). Tali dan kertas putih juga diperlukan.
Cara menyediakan IMO:
IMO1
1.Letakkan nasi dalam bekas yang tingginya 7 cm. Tutup bekas dengan kertas dan ikat dengan tali.
2.Letakkan bekas yang telah disediakan di bawah pokok buluh. Sungkup bekas dengan daun buluh atau jerami padi. Atau daun kering, biarkan selama 2-3 hari.
3.Nasi yang telah difermentasikan dikenali IMO 1.
IMO2
1. Hasilnya diselaputi maiselium berwarna putih digaulkan dengan gula merah. Nisbah lebih kurang 1x ganda nilai nasi.
2. Campuran tadi disimpan di dalam bekas dan ditutup dengan kertas selama 5 hari.
3. Hasil tersebut dikenali IMO 2 iaitu berwarna perang dan melekit.
IMO3
1. Ambil 1 gm IMO 2+10 Kg dedak beras+2 liter air beras yang diperam selama 3 hari dengan kelembapan 65%. Tutup dengan jerami/guni/daun pisang. Hasil yang dibiarkan selama 3-5 malam ini dikenali IMO 3.
IMO4
1. 1 bahagian IMO 3 dan 1 bahagian tanah dicampurkan dengan kelembapan 65%. Tutup dengan jerami/guni/daun pisang. Biarkan selama 3-5 hari dan seterusnya dikenali sebagai IMO 4.
IMO5
1. IMO 4+ tahi ayam kadar 1:10 dicampurkan dengan kelembapan 65%.Balikkan selepas seminggu dan selepas 2 minggu IMO 5 boleh digunakan dengan kadar 2 hingga 3 tan/ha.
Berikut merupakan panduan bergambar dalam penyediaan IMO:
Pengurusan Tanah Secara Organik, 7 'Ubat' Bagi Power | Hijau Khidir
4 years ago[…] Tabur sebanyak 100-120 kg/1000 m2 (0.1 ha) IMO4 atau sebanyak IMO5 200-300 kg/1000 m2 diatas batas dan tutup dengan sungkupan seperti jerami,pokok jagung dan lain-lain. Kami sudah tulis mengenai IMO sebelum ini, baca lanjut di sini. […]