Magis Air Berprotein , ‘Air Hijau’ Perikanan
Pernah tak anda pergi tasik mahupun kolam, anda perasaan airnya hijau?
Kalau tak pernah nampak, cari di kolam simen mahupun kanvas. Biasa terjadi.
Air ini bertukar hijau kerana adanya phytoplankton iaitu sejenis organisma halus yang mempunyai klorofil. Ala sama macam cerita Spongebob, kan ada planton yg bintang kecil warna hijau, itulah dia.
Platon ini buat makanan sebenarnya. Berkoloni itu yang lama-kelamaan air bertukar hijau, dia membiak banyak. Planton ini dipanggil Chollera.
Chollera ini sangat kecil dan tak nampak, kita cuma nampak warna hijau air saja. Jika nak tengok fizikal dia perlu lihat bawah mikroskop.
Nah, chollera ini pula nanti, akan jadi makanan ternakan kolam. Sangat kaya dengan protein.
Selain, ianya juga menjadi pelindung bagi mata ikan dari sinaran matahari. Sinaran matahari direct boleh jejaskan mata ikan, planton atau chollera ini bagus untuk bantu sebagai agen pelindung.
Ada buruknya juga, chollera inikan benda hidup, jadi dia bernafas, ambil oksigen dalam air, nah….
Dia pulak curi oksigen ternakan kolam. Itu yang akan jadi jika terlalu banyak dominasinya. Ikan atau ternakan kolam boleh jadi stress kerana sikit oksigen dan sukar bernafas.
Benda ada manfaat kita kena pandai ambil, jangan kata tak bagus terus dibakul sampahkan. Ibarat tarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak, rambut tak putus.
Rahsianya, bila kita lihat buih-buih dipermukaan air hijau, itu tandanya sudah sampai masa untuk tukar air, jika tak nampak, 1-2 minggu jadi kayu ukur, tak perlu tukar semua, 30-50% juga sudah memadai supaya ikan dapat faedah dari planton chollera tadi.
Jadi, macam mana cara mudah untuk dapatkan air hijau dalam kolam kita? Mudah saja, anda gunakan EM, EM akan menjadi pemangkin kepada kehadiran platon dengan mudah, kerana EM mengandungi beribu-riban mikrobes baik. Mikrobes ini akan buat kerja dalam penghasilan planton. Kami ada produk EM khas formulasi spesifik untuk ternakan kolam.
Ringkasan infografik: