Tips Asas Organik, Signifikan Baja Kepada Tanaman

Mengikut kajian, pokok dan tanaman boleh mengambil nutrisi terus dari tanah, air dan udara. Setiap elemen ini wujud nutrisi secara semulajadi. Air dan udara mempunyai nutrisi yang tidak putus. Bermaksud sentiasa ada.

Cuma tanah ketika nutrisi wujud, tanaman akan mengambil nutrisi darinya. Apabila nutrisi terpakai dan habis, ianya perlu ditambah kembali. Kerana tanah bersifat sebagai penyimpan nutrisi sementara untuk pokok mengambil manfaat.

Oleh kerana itu, baja perlu diaplikasikan kepadanya untuk memastikan nutrisi sentiasa ada dan tidak terputus.

Boleh katakan juga, secara mudah jika tanaman menggunakan baja sintetik kimia, maka baja akan menyuburkan pokok secara terus. Tanpa pengantaraan tanah. Sebab itu anda perlu guna baja organik.

Baja organik tidak menyuburkan pokok, tetapi organik menggunakan medium tanah sebagai agen penyuburan. Pernah dengar mengenai orang cakap jika tanah subur, akan menjadi asas kepada kesuburan pokok, ketahanan penyakit dan kualiti buah sesuatu pokok? Ini memang benar.

Tak percaya anda buat kajian dan eksperiment sendiri, 1 pokok gunakan tanah sebagai medium, 1 lagi guna sabut kelapa penuh sebagai medium, memang akan beza jika benar penjagaannya.

 

Ringkasan infografik:

tanaman perlu baja

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search