Kisah Potensi Ternakan Kerapu Sangkar, Pulangan RM20,000 Sebulan

Beberapa hari lepas saya ada berjumpa dengan pengusaha ikan kerapu. Berpengalaman lebih puluhan tahun. Dibuat dalam sangkar saja. Buat mereka yang berminat boleh lihat bagaimana potensi dan strategi mereka dalam mengusahakan ternakan kerapu ini.

“Dulu mula-mula, abang nak beza kerapu dengan siakap pun tak tahu!”

Sekarang dah boleh dapat lima angka sebulan. Dah jadi jutawan ternakan kolam dah pun. Dulu cuma ada 3-4 buah je, sekaranga ada lebih puluhan sangkar.

Kisahnya abang ini;

“Dulu kerja makan gaji, lepas itu ekonomi tak baik, kenalah”

“Mula-mula abang kerja dengan orang yang memang buat ternakan ikan ini, gaji sikit je, ambil aje asal halal, itu yang dapat belajar selok belok sikit sikit”

Lepas beberapa tahun, dia ada simpan, dia buat sendiri. Dengan ilmu yang dia ada pengalaman itu dia mula.

Mula sikit, selepas itu dia bilangannya bertambah setiap tahun. Makin lama makin banyak, makin lama makin banyak.

“Mulanya beli benih dari orang lebih kurang seinci, harga 0.20 je”,

“Lepas itu kita jaga la sampai besar sikit jual, kadang seringgit lebih utk yang besar sikit.”

Proses ini diulang-ulang sampai dapat dijadikan model perniagaannya.

Sekarang dah ada lebih kurang 5 orang pekerja. Berbelas kolam asuhan, berpuluh sangkar. Semua modal sikit-sikit sampai sekarang tanpa pinjaman bank. Cuma kena jaga-jaga kalau banjir, kerana ikan boleh mati kerana air yang dicemari banjir. Ikan sensitif dengan air tawar. Jika tak teliti boleh kena penyakit.

Biasanya ikan kerapu dijaga 9 bulan untuk pasaran segar di luar. Berat lebih kurang 500-600gram setiap ekor.

“Juallah kat restoran-restoran, kena ada sales team sendiri baru boleh maju. Sekilo boleh dapat harga mahal kalau jual sendiri macam ini. Tolak pemborong kena redha berapa dia nak ambil, sebab itu kena kreatif cari cara nak jual.”

 

Ringkasan penting:

1. Mula dengan dibuang kerja, kemudian cari kerja dengan lain dalam bidang perikanan, belajar dari sana.

2. Mula buat sendiri selepas beberapa tahun, dan cukup modal secara kecil-kecilan.

3. Pemulaan model business adalah dengan penjualan benih, ambil benih yang kecil, jaga sekejap, jual bila sudah besar sedikit.

4. Dari situ, kumpul modal lebih besar utk ambil pekerja dan banyakkan kolam lagi.

5. Bina pasukan jualan khas untuk dapatkan harga yang lebih baik.

 

Ringkasan infografik:

potensi ternakan kerapu sangkar 20k

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search