Red Fine Soil, Kawalan Mikro Kulat Batang Pokok

Tempoh hari kami ada ke Pejabat Pertanian Negeri Perak. Kami dapat tips ini sebagai ole-ole pulang.

Red fine soil. Ringkas saja namanya. Tapi banyak manfaatnya.

Tanah ini tinggi dengan iron. Sangat bagus bagi mereka yang mencari tanah yang mempunyai pengudaraan yang baik. Bukan seperti tanah merah yang biasa, tetapi berjenis halus dan mempunyai pengudaraan yang baik.

Disediakan melalui tanah berwarna merah/perang. Tanah ini juga mengandungi unsur-unsur mikro dan merupakan satu bahan campuran secara organik atau Natural Farming bagi kawalan kulat pada batang pokok.

Kira kalau guna tanah ini sebagai medium, ianya menjadi benteng awal daripada pencegahan untuk serangan penyakit kulat.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah tanah merah (2 kg), air (20 liter) dan kertas.

 

Cara penyediaan:

1.Campurkan 2 kg tanah merah ke dalam bekas yang mengandungi 20 liter air

2.Kacau dan biarkan sekejap supaya batu-batu mendap dan selepas itu tuangkan air tanah tersebut ke dalam bekas yang telah dialas dengan kertas untuk mendapatkan tanah yang halus.

3.Keringkan/jemurkan tanah yang telah ditapis.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search