Kuasai Penanaman Bunga Ros, 5 Rahsia Organik Ros Subur
Bunga ros merupakan antara program mengisi masa lapang yang memerlukan kos yang mahal. Lebih-lebih lagi menggunakan kaedah organik dalam penanaman. Secara amnya terdapat 30 lebih habitat bunga ros yang menghasilkan pelbagai jenis mekar bunga. Semuanya cantik-cantik.
Jadinya, pasti bukan mudah untuk ros ditanam tanpa terkena sebarang penyakit. Pelan untuk berjaya dalam penanaman organik perlulah mempunyai semangat yang tinggi. Sebab penjagaan bunga ros memerlukan ketelitian dan konsistesi yang berterusan.
Oleh itu, hari ini kami mahu kongsikan 5 rahsia tersimpan lama, kaedah organik, untuk bunga ros yang ditanam subur, antaranya:
1. Tanah campuran
.Campuran terbaik terdiri daripada sekam, tanah bakar, sabut kelapa, pasir sungai dan baja asas. Setiap elemen ini mempunyai fungsi masing-masing. Cukup benda ini insyaallah elok bunganya nanti kerana tanaman semuanya bermula dari tanah yang sihat.
2. Siraman 2x sehari
Bunga cepat haus, rutin terbaik waktu siraman pada awal pagi 1x, lewat petang 1x.
3. Baja N,P,K
Kami ada tulis mengenai asas NPK bagi yang baru. Bagi spesis bunga seperti ros, nasihat daripada pengalaman kami untuk lebih unsur phosphorus P dan potassium K. Kami ada baja formulasi khas untuk setiap unsur, lihat di produk Hijau Khidir.
4. Nutrisi mikro
Ini kelebihan baja organik yang baja sintetik kimia tiada, unsur mikro. Unsur mikro walapun sedikit amat diperlukan bunga ros untuk melengkapkan pemekaran dan pencambahan. Jadi anda sebenarnya wajib guna produk organik sebagai baja utama mahupun tambahan.
5. Pencantasan yang sudah habis berbunga
Kaedah pencantasan terbukti secara kajian saintifik untuk pengeluaran bunga.
Puncanya apa? Bukan saja-saja. Pokok yang dicantas akan wujudkan elemen survival diri, sekaligus menghasilkan tunas dan pucuk baru kerana mereka rasa tergugat.
Ringkasan infografik: