Medium Terbaik Bagi Penanaman Cili Secara Organik
Bagi penanaman secara organik.
Sila guna tanah sebagai medium. Kita tanam terus ke tanah.
Tak perlu ada apa-apa campur. Tanah biasa sudah memadai.
Untuk asas mudah, lagi hitam tanah itu lagi baik. Tapi sebenarnya kita boleh rawat tanah sedia ada untuk jadi baik dan bernutrisi.
Jangan guna guna sabut kelapa atau cocopeat. Ini semua hanya meningkatkan kos petani saja.
Memang ramai guna cocopeat, sebab mereka bukan organik, biasanya mereka guna racun kimia dan baja sintetik seperti baja AB. Semua itu kos mahal.
Tanam terus ke tanah jimat kos secara drastik, juga pokok akan lebih tahan lasak dan tahan penyakit.