Sembang Pak Cik Pasar Tani, Antraknos Kulat Penyerang Buah
- Faris G
- 31/03/2021
Tanaman cili merupakan tanaman yang paling popular ditanam oleh penduduk kampung akan tetapi tanaman cili mudah terkena penyakit jika kita kurang menekankan disiplin dalam penjagaannya.
Hujung minggu lepas, saya ke pasar tani dan berjumpa dengan seorang pakcik yang mengusahakan tanaman cili, dia nak kongsi maklumat mengenai antraknos. Dia menyapa saya dengan muka yang manis.
“Adik tahu antraknos boleh terkena pada cili?”
“Tak tahu” saya kata, dalam hati aku tahu jer sebenarnya.
Meh pakcik kongsi sikit penyakit antraknos. Kita layan jer la.
Lepastu, “adik tau dak apa agen yang sebabkan antraknos ni?”
“Apa dia?”
“Baik,macam ni..Agen yang sebabkan antraknos ni ialah sejenis kulat. Juga dikenali sebagai Colletotrichum capsici. Macam yang kita tahu,kulat membiak melalui spora. Kuat kena musim hujan.”
Begitulah sembang beriya pak cik ni. Cuma nak tambah sikit.
Apa tanda-tanda antraknos pada buah cili.
Simptom antraknos ni terdapat bintik berpusar berwarna hitam pada buah cili.
Selain tu, buah jadi merekok bengkang bengkok. Kadang kalanya.
Sebab penyakit ini serang buah saja, jadi ketika fasa pembuahan itu peting juga kita lazimi aktiviti meracun. Jangan hanya ghairah nak kutip.
Khas untuk geng organik. Ubat sesuai untuk kawalan kulat adalah semambu, baking soda dan cuka kayu khas edisi kulat. Semua kami ada jual di Hijau Khidir.
Ini antara alternarif organik. Jadi buat yang masih pelopor racun kimia itu sudah-sudah lah, takut tunggu masa saja awak tu kena kanser.
Ringkasan infografik:
About Author / Faris G
Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.