Natural Farming (NF) & Konsep Organik di Malaysia

Hari ini kami ingin berceria mengenai Natural Farming.

Natural Farming atau NF merupakan satu kaedah pengeluaran yang menggunakan sumber semulajadi termasuk mikroorganisma setempat (Indigenous Microorganism), serta baja berasaskan tumbuhan.

 

Kebaikan melakukan NATURAL FARMING

Antara kebaikan utama NF adalah:

~Petani dapat mengaut keuntungan melalui pengurangan kos input seperti baja dan racun sehingga 30%

~Petani menggunakan bahan input tempatan yang lebih murah dan mudah diperoleh

~Petani meningkatkan pengeluaran hasil pertanian sehingga 4-6 kali ganda

~Selamat dimakan kerana tidak menggunakan input kimia sintetik

 

5 Aplikasi Natural Farming

Produk yang dikeluarkan secara NF menekankan kepada 5 perkara iaitu:

1.Penyediaan Baja

Penyediaan baja meliputi penyediaan baja asas dan cara membuat formulasi baja.

2.Pengurusan Tanah

Pengurusan tanah perlulah sistematik dari segi penyediaan dan penggunaan Indigenous Microorganism(IMO),penyediaan dan penggunaan sungkupan,pengurusan kelembapan tanah(field capacity),penyediaan dan penggunaan kompos serta pembajakan minimum(minimum tillage).

3.Pengurusan Tanaman

Pengurusan tanaman dalam NF menggunakan formulasi baja mengikut peringkat tanaman dan melakukan amalan kultura.

4.Pengurusan Perosak dan Penyakit

Pengurusan Perosak Dan Penyakit sangat penting dititikberatkan dalam NF iaitu melakukan kawalan secara kultura,kawalan secara fizikal,kawalan secara biologi dan kawalan menggunakan biopesticide.

5.Pengurusan Rumpai

Pengurusan Rumpai juga sama pentingnya dengan pengurusan perosak dan penyakit agar hasil pengeluaran lebih bermutu iaitu kawalan secara kultura,kawalan secara fizikal,kawalan secara biologi dan kawalan menggunakan biopesticide.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search