Bacterial Mineral Water (BMW), Baja Mineral Organik
Ini baja orang-orang kaya. Kami dapat tips ini terus dari sumber Pejabat Pertanian Daerah Klang.
Bagaimana menggunakan batu batuan, untuk mendapatkan baja berunsur mineral pelbagai jenis. Di luar negara terkenal orang menggunakan unsur laut sebagai sumber mineral tamanan mereka.
Di Malaysia, kita boleh aplikasikan konsep yang sama melalui kaedah ini. Organik, automatik dan murah.
BMW memerlukan bahan seperti tangki air setinggi 2250 liter, pam akuarium, batu asli pelbagai jenis, jaring, IMO 3(10 Kg) yang dimasukkan dalam guni kain dan plastik.
Cara membuat BMW:
1.Tangki air (2250 liter) setinggi 120 sm ditanam ke dalam tanah sedalam 30 sm.
2.Bahagian atas ditutup dengan teduhan plastik setinggi 2.5 m.
3.Bagi menghasilkan air terjun,gunakan pam akuarium dalam tangki.
4.Masukkan batu asli pelbagai jenis dalam jaring dan masukkan dalam tangki.
5.IMO 3 sebanyak 10 kg dimasukkan dalam guni kain ke dalam tangki.
6.Biarkan air terjun jatuh di atas batu.
7.IMO 3 akan tenggelam tetapi selepas beberapa ketika ia akan timbul dan perlu diganti dengan IMO 3 yang baru.
Kegunaan BMW:
Mineral dari batu dan IMO 3 meresap ke dalam air akan menghasilkan air yang dirawat untuk kegunaan pertanian dimana ianya kaya dengan mineral,mikroorganisma dan oksigen.
BMW boleh digunakan terus kepada tanaman dan binatang ternakan.
Tambahkan air laut dengan kadar 1:30 untuk tambah kualiti air supaya kaya dengan garam dan pelbagai mineral.