10 Cara Budget Hidroponik Sayuran, Aplikasi Bahan Terbuang
Tidak dapat dinafikan, berkebun merupakan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan bersesuaian dengan pepatah melayu badan sihat otak cerdas.
Ramai yang menyuarakan hasrat kepada kami untuk mula belajar berkebun tapi terbantut disebabkan kekangan masa dan ditambah pula dengan harga peralatan yang dikenakan agak mahal jika menggunakan kaedah hidroponik atau PVC.
Jangan risau..Kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kami menemui cara yang amat mudah yang dapat menjimatkan ruang, kos dan yang paling penting..TAK PERLU SIRAM! Eh,betul ke ni??
Bahan-bahan yang anda perlukan:
1. Cawan plastik terpakai
2. Tray atau besen 4 segi
3. Polystyrene (beli dekat kedai alat tulis)
4. Span basuh pinggan
5. Tali mop atau kain terbuang
6. Benih sayur sawi atau apa-apa jenis sayur
7. Baja Organik
Cara-cara:
1. Ambil cawan dan buat lakaran atas polystyrene. Jarak lubang setiap cawan lebih kurang 2 inci.
2. Potong lakaran tadi untuk buat lubang menggunakan pisau.
3. Ambil cawan, gunting bucu. Tujuan untuk buat lubang sedikit. Tebuk lubang di kanan dan kiri cawan plastik.
4. Masukkan kain atau tali mop pada lubang cawan yang dibuat tadi.
5. Susun & masukkan cawan dalam lubang polystyrene yang telah di tebuk pada langkah mula-mula tadi.
6. Isi air bercampur baja dalam besen.
7. Letakkan polystyrene diatas besen (besen akan memangku polystyrene)
6. Potong span basuh pinggan berukuran 1×1 inci dan potong sedikit ditengah untuk meletakkan benih sayur yang tenah disemai.
8. Celupkan span hingga basah bersama baja organik dan semai biji benih
9. Masukkan anak pokok sayur pada bahagian belahan yang telah disediakan.
10. Letak span dalam cawan yang telah dipangku besen tadi. Siap.
- Hanya pantau jika perlu tambah air bersama campuran baja di bahagian besen. Tanaman akan ambil air sendiri melalui kain yang diselit tadi.
Ringkasan infografik: