Fasa Pertumbuhan & Pemantauan Pokok Cili Secara Organik
Mudah cerita, untuk fasa pertumbuhan, kita bahagikan ikut 2.
Kenapa 2? Kerana kita pecahkan ikut nutrisi pembajaan pokok N P K.
Kita beri baja bersesuaian dengan fasa pertumbuhan pokok.
Ketika fasa permulaan (vegetatif) kita perlu lebihkan baja organik yang berunsur Nitrogen N.
Ketika pertengahan dan hujung-hujung (generatif), berikan baja organik berunsur Phosphorus P dan Potassium K.
Kalau ikut kitaran pokok cili:
- Mula sehingga berbunga minggu 0 – 8.
- Berbuah sehingga kutipan hasil minggu 9 – 12.
- Kutipan hasil berlanjut sehingga minggu ke 28 (210 hari).
Selepas itu, pokok dah tua tak optimum, buang saja dan mula tanam pokok baru.
Jadi,
Minggu 1 – 4, pokok dalam fasa vegetatif, berikan baja berunsur Nitrogen (N).
Minggu 4 – habis, pokok dalam fasa generatif, unsur P dan K perlu diutamakan,
- Minggu 4 – 6 berikan baja Phosphorus (P).
- Minggu 6 – sehingga tamat, berikan baja Potassium (K).
Juga, maklum bahawa baja organik rendah unsurnya, jadi penting untuk pelbagaikan sumber baja. Kerana bahagian baja sangat tricky, terutama orang baru untuk organik ini. Jika hasil dilihat tidak memberangsangkan, nilai kemungkinan untuk guna bersama baja sintetik kimia.
Baja kimia masih baik, cuma jangan sentuh racun kimia, sebab racun organik sudah memadai. Racun kimia penyebab kanser.
Dengan aplikasikan teknik ini sebenarnya, kos pembajaan dapat dijimatkan terutamanya jika anda ingin menggunakan baja sintetik juga. Kesalahan pemilihan unsur hanya akan merugikan penanam itu sendiri.