Pemilihan Biji Benih Cili Bagi Penanam Organik

Pilihan Biji Benih

Cili ada pelbagai variati di Malaysia, antaranya yang famous:

  • Cili Kulai S469
  • Cili Kulai 568
  • Cili Kulai 223
  • Cili Kulai 151
  • Cili Padi Kampung
  • Cili Bara
  • Cili Solok

Cadangan kami berdasarkan pilihan ramai & juga harga pasaran yang konsisten, anda perlu tanam Cili 461, marketnya paling luas, ramai orang minta.

Jenama yang baik SAKATA. Jadi, anda cari online seperti di Shopee, cari benih cili SAKATA.

Jika anda mahu cuba variati lain, kebanyakan kitaran fasa pokok hampir sama, jadi ilmunya yang dikongsikan berkaitan penanaman cili organik SAKATA Cili 461 umumnya masih boleh pakai untuk semua variati lain.

 

Rawatan Biji Benih

Kalau anda beli benih berkualiti seperti SAKATA, tak perlu rawat, terus ke proses seterusnya.

Jika tak jumpa benih SAKATA, cari yang Hybrid/F1 pada label. Benih hybrid atau ada label F1 juga berkualiti.

Jika anda ambil benih manual dari pokok. Kena ambil dari pokok yang berkualiti dan bebas penyakit.

Ambil dari pokok berpenyakit, buahnya akan warisi penyakit.

Cara mudah nak kenal pasti benih berkualiti, ambil benih rendam dalam air selama 12jam.

Yang terapung benih kosong, buang.

Yang tenggelam biasanya kualiti yang lebih baik.

Sebelum mula tanam, rendam dalam air yang bercampur dengan racun organik cuka kayu/semambu, untuk mengcegah penyakit kulat.

 

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search