Kawan Nursery Berjaya, 6 Tips Penanaman Bunga Orkid

Masa ini, ramai lebih gemar menanam dan menjaga pokok bunga. Terutamanya yang duduk di bandar, mungkin faktor kekangan ruang. Penanaman bunga orkid dijadikan hobi.

Seorang sahabat saya ada fokus pada nursery berkaitan bunga, lokasinya di Layang-layang, Johor. Area Felda. Saja menyinggah sambil bertanya khabar, sambil sambil cuci mata.

“Tanam bunga ini leceh sikit, sebab motif akhir kita nak bagi cantik, bukan macam buah, kira sedap jalan.” katanya.

Pusing-pusing, kami menyembang. Berikut tips yang dikongsikan beliau untuk penjagaan orkid yang betul:

Tips 1: Arang

Sebelum mula tanam, arang baik direndam semalaman untuk menghilangkan garam.

FCU HOMESCHOOLING JOURNEY: CARA-CARA PENJAGAAN ORKID DAN PEMBIAKAN ORKID

Tips 2: Batang Pokok Paku Pakis Gajah 

Orkid ini jenis tergantung. Perlu batang.

Batang pokok paku pakis gajah sesuai kerana menyimpan air jangka masa yang lama.

Paku Gajah / pakis gajah | Shopee Malaysia

Paku Pakis Gajah

Tips 3: Baja Organik

Orkid tak sesuai baja kimia. Guna hanya baja organik.

Unsur menguatkan akar-akar paling penting untuk pokok orkid. Cari baja organik yang berunsur Phosphorus (P).

Juga baja bunga, nak bagi bunga naik cantik. Cari baja berunsur Potassium (K).

Kami ada jual di Hijau Khidir, boleh singgah shopee.com.my/hijaukhidir.

Tips 4: Cantas

Cantas bila mula layu, cantas atau potong akan menggalakkan pertumbuhan tunas baru.

Gunting yang tajam dan bersih perlu digunakan untuk mengelak penyakit. Kerana sesetengah penyakit boleh merebak melalui sentuhan alatan.

 

Tips 5: Siram

“Kamu mesti selalu siram pokok kan? tapi..jangan tersilap, siram pokok hanya sekadar medium lembap dan jangan berlebihan!” ujar sahabat saya.

Portable 2L Water Pump Sprayer Pressure Garden Spray Bottle Handheld Sprayer | Shopee Malaysia

Waktu yang sesuai waktu awal pagi. Jangan siram pada lewat petang, kerana dikhuatiri air akan bertakung dalam daun dan akan menyebabkan daun dan batang menjadi lembik.

Tips 6: Pengudaraan & Pencahayaan

Ini penting untuk elak penyakit kulat. Pencantasan boleh meningkatkan pengudaraan. Cahaya cukup akan elak daripada medium terlalu lembab. Medium terlalu lembab itu yang jadi kulat.

 

Ringkasan infografik:

6 tips tanam orkid

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search