Pembajaan Pokok Cili Secara Organik

Tiga unsur asas baja ialah Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Potassium (K).

Juga ada 10 lagi unsur tambahan. Tapi, kita guna baja organik tak perlu risau, kerana 10 unsur ini memang sediaada dalam baja organik. Jadi tak perlu fikir.

Kita beri baja bersesuaian dengan fasa pertumbuhan pokok.

Ketika fasa permulaan (vegetatif) kita perlu lebihkan baja organik yang berunsur Nitrogen N.

Ketika pertengahan dan hujung-hujung (generatif), berikan baja organik berunsur Phosphorus P dan Potassium K.

Kalau ikut kitaran pokok cili:

  • Mula sehingga berbunga minggu 0 – 8.
  • Berbuah sehingga kutipan hasil minggu 9 – 12.
  • Kutipan hasil berlanjut sehingga minggu ke 28 (210 hari).

Selepas itu, pokok dah tua tak optimum, buang saja dan mula tanam pokok baru.

 

Jadi,

Minggu 1 – 4, pokok dalam fasa vegetatif, berikan baja berunsur Nitrogen (N).

Minggu 4 – habis, pokok dalam fasa generatif, unsur P dan K perlu diutamakan,

  • Minggu 4 – 6 berikan baja Phosphorus (P).
  • Minggu 6 – sehingga tamat, berikan baja Potassium (K).

 

Pilihan Baja Organik Mengikut Unsur

Nitrogen (N)

Jakaba Jamur

Baja Azolla

FAA Edisi Daun

EM Edisi Daun

 

Phosphorus (P)

Cuka Kayu Edisi Akar & Tanah

FAA Edisi Akar & Tanah

EM Edisi Akar & Tanah

 

Potassium (K)

FAA Edisi Buah & Bunga

EM Edisi Buah & Bunga

 

Semua ini boleh dapatkan di shopee Hijau Khidir.

Juga, maklum bahawa baja organik rendah unsurnya, jadi penting untuk pelbagaikan sumber baja. Kerana bahagian baja sangat tricky, terutama orang baru untuk organik ini. Jika hasil dilihat tidak memberangsangkan, nilai kemungkinan untuk guna bersama baja sintetik kimia.

Baja kimia masih baik, cuma jangan sentuh racun kimia, sebab racun organik sudah memadai. Racun kimia penyebab kanser.

Dengan aplikasikan teknik ini sebenarnya, kos pembajaan dapat dijimatkan terutamanya jika anda ingin menggunakan baja sintetik juga. Kesalahan pemilihan unsur hanya akan merugikan penanam itu sendiri.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search