Kisah Pak Bador, Penanam Cili Yang Gagal
Tempoh hari kami baru melawat kebun Pak Bador. Dia baru cuba-cuba tanam 2 ribu pokok cili.
“Apa pokok cili aku ni jadi macam ini?”
Tengok muka orang tua ni macam nak nangis je.
“Kerinting, nak dekat semua macam ni.”
Kami nak kata balik tak sampai hati, cakap dalam hati. Tula, lain kali cari ilmu dulu baru buat tanam besar-besar macam ni. Ni pakai redah je. Mana tak menangis terduduk.
Kami pun cerita A sampai Z dengan Pak Bador, macam mana nak buat. Bagi kata semangat sikit, tak nak la orang tua ni terasa sangat.
……..
Tak kiralah anda nak belajar tanam skala besar ke kecil ke. Belajar dulu. Mula kecil dulu. Belajar dulu prosesnya, dah pandai bertatih baru mula berlari.
Kami cerita dengan Pak Bador, cili ni keritingnya punca dari 2, thrip dan hama. Kalau merekok daunnya ke atas thrip, kalau ke bawah hama. Tak kisah la, yang penting jangan kena mozek. Sebab kerinting ada 2 jenis, 1 kerinting yang bersama virus mozek. 1 lagi keriting saja. Jika kerinting saja boleh dirawat. Jika keriting yang bersama virus mozek, tiada ubat walaupun racun kimia. Jangan percayalah budak hingusan sembang produk dia boleh sembuh la apa la. Semua menipu je nak jual produk.
Ikut pengalaman kami tanam beribu pokok sebelum ini, ada kaedah paling mudah. Apa???
Rahsia, hehe…Tak la saja gurau. Rahsianya…
……..
“Cegah sebelum kena, bukan dah kena baru nak sibuk cari ubat”
Macam mana?
Lazimi budaya meracun ikut saranan MARDI, 3-4hari 1x, kalau hujan ulang semburan. Semburan untuk cegah serangga usahakan belah petang sebab serangga aktif waktu malam, ini untuk bagi kesan optimum.
“Nampak pengalaman orang lama, sekejap je masalah selesai”
Mari singgah page kami, kami akan kongsi siri macam mana nak mudah jaga pokok cili A-Z. Yang lagi menarik, kami akan kongsi cara penanaman cili secara organik. Ya, ORGANIK. Kalau nak guna racun kimia memang mudah, tapi hangpa semua tunggulah kena kanser nanti, duduk hari-hari sembur racun haram Thailand.
(gambar tiada kena mengena)