3 Kaedah Ringkas Pencambahan Biji Benih

Tempoh hari kami berbual dengan seorang pelanggan. Katannya sudah lama menanam, lebih 20 tahun.

“Kadang-kadang orang selalu tanya saya, macam mana nak pastikan benih mudah pecah.” ujarnya.

Pasal ikut pengalaman kami, kalau kita guna benih yang berkualiti dan peatmoss saja sudah cukup untuk pencambahan terjadi. Cuma jika dia ada cara lebih baik, kami nak tahu juga.

“Ada beberapa caralah, satu boleh rendam air suam, pastu boleh gesek sikit kulit”, dia berkongsi.

Sekali lagi, teknik-teknik ini tidak semestinya dilakukan, kerana bagi saya peatmoss berkualiti sudah memadai. Tapi jika dilakukan, terserah masing-masing.

 

Antara cara yang dikongsikan beliau sepanjang perbualan ringkas kami:

1. Rendamkan dalam air suam
Untuk melembutkan kulit luar biji benih yang keras, biji benih daripada jenis seperti bendi, kacang pea, dan beberapa kelompok kekacang sesuai direndam dalam air suam sebelum ditanam. Hanya rendam biji benih tersebut dalam air suam selama 24 jam (bukan air mendidih ya). Sesudah itu tanamlah seperti normal

2. Menggesek kulit biji benih
Dalam bahasa Inggeris, proses ni juga dikenali sebagai ‘scarification’. Caranya adalah dengan menggosok atau menggesekkan kulit biji benih dengan kertas pasir sehingga nampak isi dalaman. Hanya gesekkan sedikit saja bahagian pada biji benih itu, bukan keseluruhan kulit. Dengan mengoyakkan kulit biji benih yang keras lalu menonjolkan isi dalaman, membenarkan air dan udara untuk meresap ke dalam biji benih, lantas biji benih mudah bercambah.

3. Teknik lapisan
Teknik ni seperti simulasi perubahan pasang surut alam empat musim, tertumpu pada masa musim sejuk dan musim luruh. Teknik ni sesuai dilakukan untuk pokok/tumbuhan luar negara terutamanya di Amerika dan Eropah. Kerana biji benih bagi pokok empat musim memerlukan satu isyarat dalam bentuk perubahan suhu, barulah mereka akan bercambah. Cara ni dikenali sebagai statifikasi (stratification).

Letakkan biji benih dalam beg plastik yang mengandungi campuran tanah yang dilembabkan. Hanya semburkan air dengan alat pemyembur (water spray) bagi melembabkan tanah tu, bukan dengan menyiram air sehingga air bertakung.

Selepas itu, simpan beg plastik tu dalam peti sejuk selama 10-12 minggu. Apabila sudah sampai masanya, keluarkan beg plastik tersebut. Biji benih akan bertunas dengan segera kerana perubahan suhu sejuk ke suhu panas memberi isyarat seakan-akan musim bunga sudah tiba.

 

Ringkasan infografik:

tips biji benih bercambah

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search