Siri Penanaman Cili Organik: Penilaian Hasil
Pungutan boleh dilakukan secara berterusan sehingga pokok menunjukkan pengurangan buah drastik.
Secara purata 1 pokok sepatutnya menghasilkan 2.5kg – 3kg semusim.
Untuk mudah, jika seseorang menanam 2,000 pokok, boleh lakukan petikan setiap 2 hari 1x, setiap kali petik sepatutnya dapat lebih kurang 30kg. Jika lebih 2,000 pokok, kena kira anggaran supaya tiada yang terlepas dari dipetik kerana skala besar ada cabarannya sendiri.
3 grade cili:
1. Semasa hijau
2. Semasa hijau bercampur merah (ini paling baik dipetik, pemborong suka)
3. Semasa merah
Petani harus tengok dan kira, jika sampai tahap, pengeluaran buah sudah tidak lagi optimum, dimana kos baja dan racun lebih tinggi dari hasil, maka masa itu sudah sampai masa untuk buang dan tanam musim baru.
Ringkasan infografik: