Hentikan Sintetik Kimia, 5 Tips Pertanian Organik Orang Baru
Salah seorang kenalan kami merupakan seorang pensyarah bidang agriculture di IPT. Dia ni ramah orangnya, suka sangat berbual, lagi-lagi bab pertanian. Satu hari kami jumpa dia.
“Kau tau apa tu pertanian organik?” tanyanya.
“Tak tahu..”kami balas, pada waktu ini kami masih baru, masih guna solusi kimia untuk kebanyakan masalah.
Yelah, memang kebanyakan tanya orang pun, tanya tauke kedai pun semua terus tunjuk racun kimia. Malathion la, Deltamethrin la.
“Haa,macamni..”
“Pertanian organik ni menggabungkan antara kaedah manual, teknologi moden untuk keseimbangan alam.”
“Tujuannya adalah untuk menghasilkan sumber makanan yang berkualiti tinggi tanpa menggunakan bahan kimia sebagai baja mahupun mengawal perosak dan penyakit.”
Bahasa mudah, keselamatan makanan. Ia adalah cara terbaik untuk tangani semua masalah kesihatan manusia dan pencemaran alam. Pernah fikir kenapa sekarang ramai yang kena kanser tak tentu pasal?
Jika anda baru nak bertatih dalam penggunaan organik ini, ini 5 tips asas untuk anda mulakan ‘berorganik’:
1. LOKASI
Bebas atau jauh daripada pencemaran.
Ada sumber air yang bersih dan tidak berdekatan dengan ladang konvensional atau yang bukan organik.
Sebaiknya pilih kawasan yang baru diterokai bagi petani yang ingin membuka ladang organik komersial.
2. PENANAMAN
Biji benih atau pembiakan vegetatif yang bebas daripada racun kimia.
Dari segi kaedahnya,ada dua kaedah penanaman iaitu semaian biji benih atau tanam terus di atas batas.
Guna kompos dan baja organik untuk penyediaan batas.
Gunakan bahan organik, baja organik, dan harmon pertumbuhan semulajadi.
3. KAWALAN RUMPAI
Dua kaedah kawal rumpai iaitu secara manual (merumput) atau menggunakan mesin pemotong rumput.
Sungkupan?
Sungkupan boleh digunakan untuk mengawal masalah rumpai. Selain itu, ia dapat mengekalkan kelembapan tanah. Contoh sungkupan ialah plastik silver shine, jerami padi, daun-daun kering dan sabut kelapa.
4. KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT
- •Kultura: Guna jarak tanaman yang disyorkan, tanam varieti rintang/toleran penyakit, sungkupan, tanaman selingan/giliran, tanam pokok repellent (penarik atau penghalau serangga perosak)
• Mekanikal: Bungkus buah, pasang bunyi bising waktu malam untuk halau haiwan perosak dan kawal rumpai dengan mcnggunakan jentera kecil
• Fizikal: Perangkap cahaya, perangkap warna (kuning/biru), feromon, pagar, rumah kalis serangga
• Biologi: Penggunaan serangga, kulat, bakteria dan virus bennanfaat yang merupakan pemangsa semulajadi serangga perosak
• Semburan racun organik: Jenis racun organik bergantung pada jenis perosak dan penyakit tanaman tersebut
5. KUTIPAN HASIL
Selepas satu atau dua kali penanaman dilakukan pada batas yang sarna, batas perlu direhatkan lcbih kurang dua minggu tanpa sebarang tanaman. Ini bertujuan untuk mengembalikan semula kesuburan tanah.
Sebaik-baiknya buat penggiliran tanaman untuk mengembalikan semula nutrien. Kerana setiap tanaman menggunakan jenis nutrisi yang berbeza, penggiliran tanaman dapat mengembalikan nutrisi secara semula jadi.
Ringkasan infografik: