Siri Penanaman Cili Organik: Proses Meracun (Tuaian Hasil)
Dah lepas semua jenis serangga, tinggal masa nak kutip buah. Sekali rosak buah.
Punca buah cili jadi seperti gambar diatas adalah faktor ada 2 kemunginkan:
1. Lalat buah / Fruit Flies
2. Antraknos (Ubat antraknos sudah diterangkan disini)
Simpton hampir sama, akan buat buah rosak. Paling mudah nak beza mana satu puncanya dengan tengok musim. Kalau selalu hujan, antraknos lah tu kerana medium lembab punca kulat antraknos. Kalau elok je cuaca, medium pun ok tak lembab, lalat buah punya angkara lah tu.
Kami sudah tulis cara mengenai lalat buah ‘menjalankan kerja’ sebelum ini. Ringkasnya, dia akan tebuk dan beranak dalam buah, anaknya yang akan makan isinya, terjadilah lopong didalam buah.
Bagi lalat buah, tidak ada bahan organik yang boleh mematikan, jika anda cari racun kimia memang banyak pilihan. Tapi, jika anda cari alternatif sihat boleh cuba cara organik.
Menurut pandangan kami, paling mudah untuk aplikasi racun organik. Antara yang berkesan kami guna racun organik seperti cuka kayu, kunyit, racun BT dan semambu. Juga boleh aplikasi penggunaan perangkap lalat buah, ada banyak terjual di pasaran.
Seperti biasa perlu lazimi aktiviti meracun secara konsisten. Organik selamat, jadi perlu korban sikit masa lebih. Semua racun organik saranan diatas boleh pakai, lagi banyak lagi bagus, supaya elak serangga lali dan beradaptasi. Memang kena pelbagaikan, kerana serangga pandai. Sebab itu jika kita tengok racun kimia di kedai pun ada tahapan II, III, IV, ini sebenarnya untuk elak serangga adaptasi. Last-last racun kimia kena manusia, manusia mati dulu, serangga tak mati. Ini kisah benar, ramai yang kena kanser.
Paling baik buat pusingan semburan seperti saranan MARDI, 3-4 hari 1x (sekali) dengan beberapa jenis, contoh hari isnin sembur kunyit, rabu cuka kayu, jumaat semambu, dan seterusnya.
Ringkasan infografik: