Penjagaan Anak Pokok Cili Secara Organik
Penjagaan Pucuk Semaian
Selesai proses semaian, pucuk yang baru tumbuh perlu diberi matahari yang mencukupi.
Tidak terlebih, tidak terkurang, jika terlebih, pokok boleh kering dan mati. Jika terkurang, batang anak pucuk akan nipis dan tidak akan kuat.
Jika tanam pada skala besar, cuba usahakan rumah semaian kerana boleh kurangkan kerja mengalih-alih.
Jika skala masih mampu jaga, tugas anda kena alih-alih anak pucuk ini supaya kena matahari yang mencukupi.
8-11 pagi letak biar kena matahari, selepas dari waktu itu, alih letak bawah bumbung.
Beri siraman air setiap hari, agak-agak jangan lembab sangat, jangan sikit sangat. Cukup rasa. Sembur racun organik 3-4 hari 1x, untuk jaga dari serangga, wajib sembur, kalau tak sembur, awal-awal pokok dah masalah kena serangga. Ini wajib untuk jika mahu guna kaedah organik, organik perlu cegah bukan rawat.
Buat proses ini selama 2 minggu dia dah kuat, baru beri matahari penuh, akan jadi anak pokok.
Pindah Anak Pokok
Pokok cili dikira anak pokok apabila sudah ada 3-4 daun. Ketika itu sudah boleh pindah terus ke tanah.
Jangan lambat pindahkan. Kalau lambat akan beri kesan pada akar, pokok jadi kecil dan lambat untuk di matang nanti.
Pindah waktu lewat petang saja, utk elak pokok terkejut.
Lazimi semburan racun organik 3-4 hari 1x sekali, jika ingin menggunakan kaedah organik langkah ini wajib untuk mengelakkan serangga. Sentiasa ingat konsep asas organik iaitu cegah lebih baik daripada rawat.