Siri Penanaman Cili Organik: Proses Meracun (Kulat)

Untuk kes kulat, ada penyakit:

1. Hawar pucuk

2. Kulat antraknos

Punca 2 ini daripada musim hujan atau medium lembab. Bila dah kena pokok jadi seakan-akan hangus. Berbulu. Untuk hawar pucuk.

Kalau Antraknos simptom hampir sama sepert lalat buah. Maklumat lanjut di bahagian tuaian hasil.

Untuk hawar pucuk. Penyakit ini betul-betul tiada ubat, racun kimia tiada, racun organik tiada. Yang ada hanya pencegahan.

hawar pucuk cili

Hawar pucuk cili

 

Penyakit Antraknos

 

Kedua-dua penyakit ini ubatnya sama saja.

Sebab itu kita sembur pokok cili dengan racun kulat supaya tidak terkena 2 penyakit ini. Kerana kalau dah kena memang tiada ubat. Yang kimia pun hanya mampu mencegah, sama seperti organik, jadi lebih baik guna organik.

Racun organik untuk pencegahan kulat untuk kedua-dua penyakit, boleh guna:

  • Cuka kayu (edisi kulat)
  • Racun semambu
  • Baking soda
  • Kitosan
  • FAA
  • EM

Semua boleh beli di shopee Hijau Khidir.

Semua diatas boleh pakai, lagi banyak lagi bagus, minima 3 jenis berbeza, supaya kesan optimum elak kulat daripada membiak. Memang kena pelbagaikan. Untuk kitosan, faa dan em adalah kaedah pengawalan mikrobes di tanah kerana dengan menggunakannya boleh mewujudkan dominasi bakteria baik sekaligus bakteria jahat seperti kulat yang nak menyerang tak boleh masuk kerana yang baik ini dah jaga kawasan.

Paling baik buat pusingan semburan 3-4 hari 1x dengan jenis-jenis berbeza, contoh hari isnin sembur cuka kayu, rabu em, jumaat semambu, ahad kitosan, dan seterusnya. Jika bertembung antara racun dan baja, usahakan membaja pada waktu pagi sebelum matahari naik, meracun selepas waktu asar kerana serangga aktif akan aktif pada waktu malam.

Kalau dah kena?

Mula dengan buang dulu bahagian yang terkena. Bakar.

Kemudian cuba rawat. Kalau ada rezeki ok. Kalau melarat ke pokok lain pula. Cabut, buang  dan bakar, jika lambat nanti merebak satu kebun. Tak perlu sayang-sayang.

Peralatan dan tangan yang urus juga kena bersih kerana benda ini boleh merebak melalui sentuhan.

 

Ringkasan infografik:

Rawat hawar pucuk cili

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search