Siri Penanaman Cili Organik: Proses Meracun (Bakteria)

Pokok cili lazim mengalami penyakit bawaan tanah. Jika anda menggunakan medium seperti sabut juga boleh kena. Berpunca dari medium yang sudah tercemar dengan patogen.

Penyakit yang akan sering ditemui untuk kes ini ialah layu fusarium. Layu bakteria atau apa-apa yang menyebabkan layu amnya sama saja.

Ianya akan kelihatan seperti kekurangan air, sebenarnya tidak, anda siram satu gelen pun tetap akan sama. Kerana fusarium ini akan menyerang akar dan menghalang lalu air dan nutrisi dari akar ke bahagian lain ke pokok. Sebab itu dia layu. Kami dah tulis panjang mengenai layu fusarium sebelum ini.

Cara rawat organik?

Kami ada kes penanam yang berjaya atasi masalah ini bila dah terkena, tapi sebilangan kecil saja. Kebanyakan tidak berjaya. Jadi ubat paling mujarab sekali lagi ialah mencegah daripada merawat.

Dengan? Penggunaan mikrobes. Cuba dengan mengaplikasikan produk seperti Kitosan, FAA, EM, lazimi semburan ini secara bergilir-gilir. Semua ada dijual di Hijau Khidir.

Kaedah pengawalan mikrobes di tanah atau medium boleh mewujudkan dominasi bakteria baik sekaligus bakteria jahat atau patogen seperti fusarium ini tak boleh masuk kerana yang bakteria baik dah jaga kawasan.

Kalau kena layu fusarium?

Cabut. Bakar. Jika lambat nanti merebak satu kebun. Tak perlu sayang-sayang.

Peralatan dan tangan yang urus juga kena bersih kerana benda ini boleh merebak melalui sentuhan.

 

Ringkasan infografik:

ubat layu fusarium

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search