Semaian Biji Benih Secara Organik
Kami ajar cara semai paling mudah, ikut ini saja dah ok. Tak perlu nak pening-pening cari cara susah.
Tak perlu nak rendam benih ke apa ke, terus buat langkah dibawah.
Barang-barang keperluan:
- Benih berkualiti (Pilih yang benih hybrid, di label ditulis F1 atau Hybrid, lazimnya berkualiti)
- Peatmoss
- Tray semaian (beli lebih 2 jenis yang sama untuk mudah kerja)
- Plastik hitam (boleh guna plastik sampah/silvershine)
- Racun organik (boleh dapatkan di Hijau Khidir)
Langkah-langkah:
1. Masukkan peatmoss dalam tray semaian 1, tuang sekali banyak. Ratakan antara lubang, tak perlu terlalu mampat.
2. Ambil tray semaian 2, tekapkan diatas tray 1 yang sudah diisi peatmoss tadi. Tujuan untuk buat ruang. Tak perlu ambil lidi cucuk lubang satu-satu, itu kerja budak terlebih rajin.
3. Akan ada ruang sedikit di tray semaian yang ditekap tadi, jadi isi biji benih dalam ruang itu.
4. Selesai isi benih, isi sekali lagi peatmoss, untuk tutup timbus biji benih tadi.
5. Selesai tutup, sembur air paip saja, biar basah pada peatmoss yang dah berisi biji benih tadi, jaga-jaga jangan sembur terlalu kuat sampai biji benih yang dah ditutup tadi terkeluar.
6. Ambil plastik hitam. Tutup. Letak bawah tempat berbumbung dan gelap. Kemudian periksa 3 hari kemudian. Periksa benih tadi dah pecah dan bercambah belum, akan ada pucuk baru tumbuh macam taugeh.
Jika masih tiada, simpan lagi sehingga hari ke 7 maksimum (bergantung kpd jenis pokok, ada yang bercambah awal, ada yang lambat, yang ini tempoh umum percambahan). Tengok juga kalau peatmoss tadi kering ke tidak, kalau kering sembur air sikit biar lembab.
7. Jika hari ke 7 disimpan masih tiada apa perkembangan (sekali lagi, bergantung kpd jenis pokok, ada yang bercambah awal, ada yang lambat, yang ini tempoh umum percambahan, kaji tempoh percambahan untuk pokok yang anda ingin tanam), bermaksud benih bermasalah /peatmoss tak berkualiti. Hasilnya patutnya akan ada pucuk baru naik seperti taugeh.
8. Simpan pucuk ini, 8-11 pagi letak biar kena matahari, selepas dari waktu itu, alih letak bawah bumbung supaya pucuk ini kena matahari cukup-cukup dan tak terlalu kering. Kalau tanam banyak tu, belilah rumah khas untuk tapak semaian. Nak buat secara kecil-kecil, tiada rumah semaian pun cukup.
9. Beri siraman air setiap hari, agak-agak jangan lembab sangat, jangan sikit sangat. Cukup rasa. Sembur racun organik 3-4 hari 1x, untuk jaga dari serangga, wajib sembur, kalau tak sembur, awal-awal pokok dah masalah kena serangga. Ini wajib untuk jika mahu guna kaedah organik, organik perlu cegah daripada kena dan bukan rawat apabila sudah kena.
10. Buat macam ini, 2 minggu dia akan kuat, baru beri matahari penuh, akan jadi anak pokok.
11. Selepas 2 minggu biasanya sudah boleh pindah ke tanah kerana sudah menjadi anak pokok.
*Yang dikongsikan diatas adalah tempoh umum pencambahan bagi kebanyakan pokok. Untuk lebih spesifik, sila kaji tempoh pencambahan untuk pokok itu sendiri kerana setiap pokok mempunyai tempoh yang berbeza-beza.
Ringkasan infografik: