3 Baja Asas Organik & Natural Farming (NF)
Umum mengetahui bahawa, baja organik disediakan melalui proses osmosis dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di sekeliling ladang seperti buah-buahan,sayur-sayuran dan sisa tanaman yang dicampurkan bersama gula merah.
BAJA ASAS
Antara contoh baja asas ialah Fermented Plant Juice(FPJ), Fermented Fruit Juice(FFJ) dan Fish Amino Acid (FAA).
Bagi Fermented Plant Juice(FPJ) bahan-bahan yang digunakan merangkumi tumbuhan hijau/sayur-sayuran seperti kangkung,batang pisang muda,pegaga,selom,jantung pisang,gula merah,kertas putih,rubberband/tali dan bekas seramik/plastik.
Cara membuat Baja FPJ:
1. Kangkong(5-10 sm) dipotong dan digaul dengan gula merah pada kadar 1:1 kg dan masukkan 2/3 bahagian ke dalam bekas.
2.Tutup dengan kertas dan ikat dengan rubberband.
3.Simpan di tempat yang redup selama 5-7 hari.
4.Tapis dan disimpan di dalam bekas.
Bagi Fermented Fruit Juice(FFJ), bahan-bahan yang digunakan ialah buah-buahan yang masak dan manis seperti rambutan,mangga,pisang,dokong,betik,gula merah,kertas putih,rubberband/tali dan bekas seramik/plastik.
Cara membuat Baja FFJ:
1. Buah-buahan dipotong dan digaul dengan gula merah pada kadar 1:1. Masukkan 2/3 bahagian ke dalam bekas.
2.Tutup dengan kertas dan ikat dengan rubberband.
3.Simpan di tempat yang redup selama 5-7 hari dan tapiskan.
4.Cecair tersebut disimpan di dalam bekas sehingga 2/3 penuh dan jangan tutup dengan ketat.
Seterusnya, terdapat Fish Amino Acid (FAA).
Bahan-bahan yang diperlukan dalam menyediakan Fish Amino Acid ialah Ikan termasuk tulang,perut,kepala ikan,gula merah,kertas putih,rubberband/tali dan bekas seramik/plastik.
Cara membuat Baja FAA:
1. Ikan dipotong dan digaul bersama gula merah pada kadar 1:1 kg.
2.Masukkan 2/3 bahagian ke dalam bekas.
3.Tutup dengan kertas dan ikat dengan rubberband.
4.Simpankan di tempat yang redup selama 1 bulan.
5.Tapis dan simpan cecair baja di dalam 2/3 bekas penuh dan tutup jangan terlalu ketat.
Pengurusan Tanah Secara Organik, 7 'Ubat' Bagi Power | Hijau Khidir
4 years ago[…] Semburan FPJ/FFJ pada kadar 1:1000 pada tanah untuk memberi makanan keperluan mikroorganisma dalam tanah. Kami juga sudah tulis mengenai FPJ/FFJ sebelum ini, baca lanjut di sini […]