Siri Penanaman Cili Organik: Proses Pembajaan (Phosphorus P & Potassium K)

Macam mana nak beri baja mengikut kerangka organik?

Tips paling mudah, beri ikut fasa pertumbuhan tanamam, kalau anda faham konsep pertumbuhan pokok secara umum, akan mudah kerana idea besarnya sudah diletak dalam minda.

Amnya, fasa pertumbuhan ada 2 iaitu vegetatif dan generatif.

Vegetatif, pokok perlukan nutrisi khas difasa permulaan, yang berunsur daun, dalam kimia dipanggil Nitrogen, kalau label baja selalu ada huruf N.

Generatif, pokok perlukan galakkan nutrisi difasa pertengahan dan penghujung usianya, yang berunsur akar, bunga dan buah. Dalam kimia unsur ini ialah Phosphorus (P) untuk akar dan Potassium (K) untuk bunga dan pembuahan.

Jadi untuk pokok cili.

Kitaran pokok cili sehingga pungutan hasil 0 – 8 minggu.

Jadi, ketika generatif, unsur P dan K perlu diutamakan,

Minggu 4 – 6 berikan baja Phosphorus (P).

Minggu 6 – sehingga tamat, berikan baja Potassium (K).

Juga, maklum bahawa baja organik rendah unsurnya, jadi penting untuk pelbagaikan sumber baja. Kerana bahagian baja sangat tricky, terutama orang baru untuk organik ini. Jika hasil dilihat tidak memberangsangkan, nilai kemungkinan untuk guna bersama baja sintetik kimia.

Baja kimia masih baik, cuma jangan sentuh racun kimia, sebab racun organik sudah memadai. Racun kimia penyebab kanser.

Dengan aplikasikan teknik ini sebenarnya, kos pembajaan dapat dijimatkan terutamanya jika anda ingin menggunakan baja sintetik juga. Kesalahan pemilihan unsur hanya akan merugikan penanam itu sendiri.

 

Ringkasan infografik:

pilih baja buah cili cara betul

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search