Pencantasan Tunas Air Bagi Penanam Cili Organik
Tunas air adalah pertumbuhan daun di cabang utama.
Jika tidak dibuang atau dipotong ia akan mempengaruhi perkembangan pokok cili begitu juga buah cili.
Ada yang berpendapat tak perlu buang, kerana hasilnya masih sama.
Cuma bagi kami, buang bukan atas faktor mempengaruhi jumlah buah, tapi atas faktor kawalan serangga.
Jika tidak dibuang, kanopi tiada. Kanopi ini daun dan ranting membentuk seperti Y.
Pokok rimbun tanpa kanopi akan menyukarkan pengawalan serangga kerana daun terlalu rimbun tanpa kanopi menggalakkan serangga berumah dibawah daun.
Bila nak buang? Cari sekitar pokok cili apabila berusia 3 minggu keatas.
Pada usia ini tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili.
Cara mudah nak kesan tunas air ialah cari cabang Y, daun sebelum cabang Y adalah tunas air, jadi buang semua.