Baja Ajinomoto. Adakah ia Boleh Menyuburkan Pokok?
Mak-mak mesti selalu letak ajinomoto dalam masakan kan? Untuk apa? Ajinomoto atau MSG digunakan sebagai penambah perisa makanan. Kini, MSG juga digunakan sebagai baja tumbuhan.
Apabila baja ajinomoto diberikan kepada pokok, tanaman akan hidup subur seperti daun menjadi lebih hijau dan subur dan pokok mula berbunga dan berbuah.
Kami bertemu seorang graduan teknologi makanan, bagi mendapatkan info tambahan mengenai MSG.
“Betul ke MSG dalam ajinomoto ini boleh suburkan tanaman dan bertindak sebagai baja?” kami tanya
Ya,penggunaan MSG boleh menyuburkan tanaman. Buktinya, penanaman jagung. Penggunaan baja MSG sekerap 3 kali seminggu selama enam minggu mampu mempercepatkan tumbesaran pokok, menjadikan pokok lebih tinggi, berdiameter besar dan meningkatkan panjang dan bilangan daun yang terhasil.
“Ada buat kajian MSG ke pada tanaman?”
“Kami telah membuat kajian terhadap tanaman salad dan kacang.” kata dia
“‘Boleh bagi keterangan sikit pasal MSG?”tanya kami.
MSG atau nama panjangnya Monosodium glutamate adalah garam natrium biasa daripada asid glutamik, asid amino berhablur yang berwarna putih, mudah terurai dan larut dalam air dan alkohol.
“Untuk apa Asid Glutamik digunakan?”
Asid glutamik digunakan dalam bentuk garam natrium sebagai penambah perisa. Ia mempunyai formula C5H9NO4 yang penting dalam metabolism nitrogen.
“Inquiry lah..macam mana baja ajinomoto dapat suburkan tanaman?”
Sebab fungsi ajinomoto adalah meningkatkan kepekatan nitrogen di dalam tanah. Untuk pengetahuan anda, nitrogen adalah unsur makronutrien penting yang diperlukan untuk tumbuhan selain fosforus dan kalium. Apabila baja ajinomoto diberikan kepada pokok, MSG akan larut ke dalam tanah dan membentuk ammonia yang mampu diserap oleh akar pokok dalam bentuk ion.
“Ooo” kata kami tanda faham
“Kau tau apa komponen yang ada dalam MSG?” tanya dia.
“Tau sikit laa..hehe, MSG mempunyai komponen glutamat yang terikat secara ionik dengan komponen natrium.”
“Berapa peratusan komponen glutamat dan natrium yang ada?” kami tanya
Senang jer..Komponen glutamat ini membawa peratusan yang besar, iaitu ~78%, berbanding natrium, ~12%.
“Ooo, Macamtu…”
“Namun, Kenapa glutamat diperlukan?” kami tanya untuk kepastian
Glutamat adalah salah satu daripada asid amino yang diperlukan oleh tumbuhan kerana Glisina dan asid glutamik mampu menjadikan daun pokok lebih subur dan menghijau dan merupakan metabolit asas dalam sintesis protein hampir kesemua benda hidup sebagai contoh dalam pembentukan tisu sayur-sayuran dan sintesis klorofil bagi tumbuhan.
“Nak tau lagi kelebihan asid glutamik?” tanya dia.
“Nak!”kami kata dengan nada yang teruja.
Asid glutamik ini baik untuk tumbuhan dan membantu meningkatkan konsentrasi klorofil. Selain tu, ia membantu meningkatkan kadar fotosintesis. Hasilnya, pokok kelihatan lebih hijau dan subur.
“Wahh, menarik betul komponen dalam MSG ni” kata kami
“Hahaha, kau rasa kenapa natrium diperlukan oleh pokok?” tanya dia ingin menguji
Natrium adalah unsur yang diperlukan oleh pokok pada kadar yang sedikit dan tanah memberikan unsur ini cukup untuk pertumbuhan pokok. Natrium juga dikatakan mampu untuk menggantikan unsur makronutrien kalium yang membantu pembukaan dan penutupan liang stomata semasa proses fotosintesis.
“Selain tu,apa kebaikan MSG bagi membantu dalam menggalakkan pembiakan bakteria?” tanya kami
MSG mengandungi bahan yang membantu menggalakkan pembiakan bakteria baik dalam tanah dan sekaligus membantu pokok untuk hidup subur.
“Sumber MSG ni boleh didapati dalam makanan apa?” kami tanya
MSG boleh didapati secara semulajadi di dalam banyak makanan seperti tomato dan keju. Sedap kan tomato dan keju? Garam natrium ini juga boleh didapati dalam protein sayuran dan yis yang terhidrolisis, ekstrak yis, ekstrak soya dan pencilan protein.
Justeru itu, kamu tau tak..Manusia sudah mula memakan makanan yang kaya dengan asid glutamic ini sejak sekian lama seperti contoh dalam sup rumpai laut yang kaya dengan asid glutamik.
“Lahh yeke..baru tahu, huhu” kata kami.
“Cuba teka siapa yang kenalkan asid glutamik ni?”
Sejarah penghasilan asid glutamik yang telah dipatenkan oleh Profesor Ikeda dari Jepun. Tujuannya adalah untuk mengekstrak asid glutamik dan dipasarkan secara meluas.
“Apakah sumber-sumber atau bahan untuk buat asid glutamik?”
Pada hari ini, penghasilan asid glutamik adalah daripada proses penapaian daripada sumber tumbuhan yang mudah didapati seperti ubi kayu (kanji), bit gula (sugar beet), tebu ataupun molases (hasil sampingan pembuatan gula sama ada daripada tebu atau bit gula).
Bagaimana pula proses penghasilannya?
Proses panapaian untuk menghasilkan MSG sama seperti proses untuk menghasilkan yogurt, cuka dan wain.
Adakah proses MSG selamat?
MSG adalah perisa makanan yang selamat walaupun banyak laporan yang mengatakan kesan sampingan yang dialamai apabila memakan makanan yang mengandungi MSG. Namun, kesan sampingan yang ditularkan adalah tidak disandarkan dengan penemuan saintifik.
Selain menggunakan baja ajinomoto, mungkin kita juga boleh menggunakan sumber dapur yang lain untuk menghasilkan tanaman yang subur seperti kicap? Ini kerana kicap juga merupakan bahan yang kaya dengan asid amino asid glutamik. Atau mungkin budu dan belacan?