Bunga Cili Gugur Luhur, Kurang Asid Amino
Bunga cili yang gugur, kebiasaan kes kerana kekurangan sumber dan bukanlah disebabkan penyakit. Bunga cili yang gugur menjadi perkara biasa bagi mereka yang baru hendak mengenal dan menanam pokok cili.
Ada satu hari tu, ada orang tanya kami:
“Kebanyakan pokok cili saya dah berbunga. Cuma bila bunga, dia gugur pulak, apa yang perlu dibuat?”
Simptom ini biasa jika pokok kita kekurangan nutrien. Nutrisi yang kami maksudkan adalah asid amino.
“Tapi saya guna baja sintetik, macam mana boleh kurang nutrisi?”
Banyak faktor. Kemungkinan pokok kurang daya serapan nutrisi. Jadi beri baja dah ok, cuma dia jatuh tempat lain, membazir saja.
CARA OPTIMUM BAGI POKOK SERAP NUTRIEN:
Sebab itu baja organik penting dalam penanam pokok. Nak tak nak memang kena beri. Baja organik akan ada 10 nutrisi tambahan, yang kebanyakan baja sintetik kimia tiada. Itu yang kadangkala jadi kes begini.
CARA MELEKATKAN BUNGA:
Unsur amino asid ini banyak berada dalam ikan, jadi boleh beri baja ikan secara alternatif organik yang boleh anda cari. Mudahkan? Paling mudah, boleh dapatkan saja di Hijau Khidir, kami ada beberapa produk khas untuk pembungaan dan pembuahaan. Boleh dapatkan disini.