Teknik Organik Paksaan, Seksa Pokok Bagi Berbunga & Berbuah
“Aku ambil sabit, aku toreh batang dia.”
“Berlapis-lapis kadang-kadang aku toreh.”
Inilah antara tips yang kami pernah dengar dari cakap-cakap penanam. Kaedah memberi kejutan kepada pokok.
Ceritanya begini, 10 tahun lepas, kami ada menonton satu rancangan di National Geographic. Mereka melakukan kajian dengan melihat bagaimana respons pokok terhadap bunyi-bunyian. Dua pokok yang sama diberi unsur dan nutrisi yang sama. Yang membezakan adalah satu diletakkan bersama muzik sebagai elemen bunyi, satu lagi tiada elemen bunyi.
Hasil kajian itu mendapati pokok yang diberi elemen tambahan bunyi tumbuh lebih elok, besar dan sihat.
Memang macam tak logik. Tapi ada satu hari tu, kami pergi buat lawatan ke sebuah kebun pengusaha cili. Tak silap kami, ini pemegang rekod tuaian cili per pokok tertinggi. Sekitar 7-8kg setiap pokok. Sedangkan purata kebanyakan orang hanya 2-4kg saja semusim. Itulah data penanam yang dikeluarkan MARDI.
Memang tak masuk akal.
Antara tips yang diberi, dia selalu bercakap dengan pokok dia. Katanya dia selalu buat 3 hari 1x.
Nak percaya atau tidak, terpulang. Sekurang-kurangnya ada juga data dan bukti untuk kita rujuk.
Berbalik kepada kaedah kejutan awal tadi. Ini adalah satu lagi tips organik bagaimana memaksa pokok untuk berbuah. Yang ini sering juga dilihat disini.
Di mana kebiasaannya mereka akan menoreh-noreh batang pokok.
Jika dilihat dari sudut saintifik dan logik, sebenarnya tindakan ini akan membuatkan pokok terkejut. Pokok yang terkejut akan dipaksa menghasilkan bunga kerana survival semulajadinya untuk terus hidup dengan melahirkan benih baru. Dengan itu, secara tidak langsung terhasillah bunga & buah yang lebat.
Gabungkan 2 teknik organik ini dengan menoreh batang tanaman, sambil bercakap dengan pokok. “Kau tak berbuah, aku tebang kau nanti.”. Bunyi memang kelakar, tapi bukti dan kajian dah ada.
Lepas buat itu, galakkan pula pembungaan pada pokok dengan pemberian baja yang tinggi unsur Potassium (K). Di Hijau Khidir kami selalu sarankan baja organik FAA edisi buah & bunga dan EM edisi buah & bunga. 2 produk organik ini antara yang kami formulasikan khas secara semulajadi serta tinggi dengan unsur Potassium.
Nak belajar menanam secara organik? Jengok kami di Facebook Hijau Khidir untuk belajar lanjut mengenai konsep dan tips organik. Semua bacaan kami adalah percuma, tak kena bayar pun. Jika diluar, pergi kursus beribu boleh habis untuk pertanian organik ini. Kami juga ada menyediakan input-input pertanian organik. Dapatkan di shopee Hijau Khidir.
Secara peribadi, kami dulu memang penguna tegar produk kimia samaada racun mahupun baja sintetik, lepas ada kes kenalan kami kena kanser, insaf terus. Itu yang kami mula ber ‘ORGANIK’.
Jika mahu baca banyak pembacaan organik, boleh juga terus ke laman web www.hijaukhidir.com.my, disana kami ada menulis banyak artikel artikel berkaitan topik ini.
Ringkasan infografik:
“Apasal Pokok Aku Buah Sikit Ek, Kecil Pulak Tu”, Potassium Unsur Buah | Hijau Khidir
3 years ago[…] dulu kami ada share mengenai 3 teknik organik paksa buah, boleh lihat laman web kami atau di Facebook Hijau […]