Orkid, Panduan Khas Penanaman
Pokok bunga orkid akan terlihat sangat cantik apabila dijaga dengan rapi dan betul. Nama pokok bunga orkid atau dikenali bunga anggerik ialah family terbesar pohon berbunga (Angiosperma). Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid.
Orkid juga digunakan sebagai pokok hiasan dan penyeri bagi majlis-majlis rasmi. Disebabkan ianya sejenis tanaman yang bernilai tinggi, maka penjagaan dan penyelenggaraannya juga memerlukan komitmen yang tinggi.
Tahukah anda, terdapat kira-kira 700 jenis orkid seluas 15 ekar di Taman Orkid Kuching, Sarawak.
Jenis-jenis orkid
1.Dendrobium
2.Cattleya
3.Masdevallia
4.Vanda
5.Slipper
“Apakah kaedah untuk mendapatkan benih orkid?”
Terdapat pelbagai kaedah bagi mendapatkan benih orkid, antaranya ialah melalui keratan batang, umbisi, offshoot, tangkai bunga dan juga tisu kultur. Kesemuanya adalah bergantung kepada jenis orkid.
“Bagi tujuan komersial pula,kaedah yang sesuai digunakan?”
Untuk tujuan komersial, bunga ini perlu dibiakkan menggunakan kaedah tisu kultur bagi mendapatkan lebih banyak anak pokok baru.
Antara kaedah menanam orkid ialah:
#1. Penyemaian
Kaedah penyemaian amat sesuai untuk semua jenis orkid.Pemilihan tempat semaian adalah penting bagi tanaman.
“Adakah perlu untuk menyemai di dalam makmal?”
Perlu! pokok orkid memerlukan persekitaran yang bersih dan disteril bagi menjamin peratusan hidup pada peringkat awal dan dapat mengelak daripada pelbagai risiko.
#2.Penanaman
Anak pokok yang dihasilkan melalui tisu kultur akan mula ditanam setelah mempunyai akar dengan sekurang-kurangnya 2 helai daun.
1.Anak pokok tersebut perlu dibersihkan secara teliti terutama pada bahagian akar. Kemudian,direndam dalam bekas berisi air.
2. Ianya perlu disemai di dalam seedling tray yang berisi peatmoss serta dibiarkan dengan penyiraman secara berkala sehingga mencapai ketinggian lebih 4cm untuk pemindahan semula.
3.Untuk pemindahan semula, anak pokok tersebut perlu dipindahkan pada pasu empu atau thumb pot yang berukuran diameter 3-4cm.
4.Dengan penggunaan jaring hitam, ianya mampu mengawal keperluan cahaya matahari kepada pokok orkid secara optima iaitu sebanyak 50- 70%.
5.Setelah ianya semakin membesar, pemindahan akan dilakukan berulang kali bagi memastikan pertumbuhan yang baik.
6.Untuk pemindahan ke dalam pasu yang lebih besar, penyediaan dari segi media akan sedikit berbeza.
7.Terlebih dahulu, media serpihan arang atau batu bata berukuran lebih kurang 20cm perlu diisi separuh bahagian pasu.
8.Kemudian, anak pokok diletakkan pada bahagian tengah dan ditabur sekali lagi dengan media serpihan tadi sehingga 70% memenuhi pasu.
Langkah tersebut dilaksanakan bagi membantu pengudaraan di dalam tanah. Pelbagai sumber boleh digunakkan sebagai media penanaman bergantung kepada kreativiti anda.
#3. Penyiraman
Penyiraman perlu dilakukan secara berkala sebanyak 2 kali sehari.
#4.Pembajaan
Untuk pertumbuhan yang subur dan pengeluaran bunga yang cantik, penggunaan baja adalah penting. Orkid boleh diberi dengan baja lengkap melalui:
semburan foliar dan secara tabur mengikut kadar yang disyorkan.
“Berapa kali pembajaan dilakukan?”
Bagi semua peringkat pertumbuhan, pembajaan dilakukan sebanyak 3 kali seminggu.
Baja Organik
Untuk menambahbaik pertumbuhan, baja organik seperti tahi ayam atau baja pellet boleh digunakan sebanyak 50g sepasu setiap bulan.
#5.Kawalan Penyakit dan Perosak
Orkid sangat mudah diserang penyakit dan perosak, disebabkan itu penjagaan rapi bagi tanaman ini mesti dititikberatkan. Masalah tersebut amat kritikal kerana ianya akan menjejaskan kualiti dan menyebabkan nilai pasarannya menurun.
#6. Penuaian Hasil
Untuk pokok jenis bunga-bungaan kebiasaannya dituai setelah mencapai pembentukan bunga sebanyak 70%. Hasilnya boleh dijual bersama dengan pasu dan dalam bentuk tangkai. Namun semua itu bergantung kepada permintaan pelanggan.
Cara menuai:
Cara menuainya dilakukan pada waktu pagi dengan menggunakan gunting.
Tujuan menuai?
Ianya bertujuan bagi melambatkan penurunan kandungan air dalam bunga. Pada waktu yang sama, ianya mengekalkan kesegaran bunga untuk tempoh yang lebih panjang. Selepas itu, bunga yang telah dituai akan dibasuh dan digred mengikut piawaian jualan.