Daun Cili Kerinting Dek Faktor Tersembunyi
Ini selalu orang akan konfius.
Itulah baja sintetik ini bukan bagus mana, pokok tu pun tak nak baja, tapi baja sintetik ini memaksa.
Hasilnya, akan terjadi kes begini. Dimana, pokok boleh keriting kerana faktor baja terlebih, selain faktor virus atau serangan serangga yang sebenar. Budak baru memang tak akan tahu langsung. Kadang-kadang perlu kursus pun tak dicerita benda ini.
Kalau anda dari awal guna baja organik, tak akan timbul masalah sebegini.
Perbezaan kerinting disebabkan virus & terlebih baja
Mudah, lihat pada pucuk baru tumbuh.
Simptom virus akan bermula dari pucuk, pucuk bertukar warna menjadi hijau cair dan seterusnya berkedut/kerinting.
Terlebih baja, daun lama akan berwarna hijau pekat , menebal dan berkedut tetapi pucuk masih sihat.
Selesai tips ringkas. Tulah, lain kali jangan sibuk nak guna baja kimia. Kalau setakat nak makan sendiri tu, baja organik sudah memadai. Kalau nak tanam skala besar lain cerita.