“Pokok Kawan Layu Habis”, Teknik Organik Cegah Fusarium
“Pokok kawan layu habis, kenapa jadi macam ini ek?”
“Nak kata tak cukup air, kawan siram selalu, kadang-kadang sampai banjir.”
Ini antara masalah lazim penanam. Hari ini, kami tolong jawab khas bagi yang berminat sungguh untuk mula konsep organik. Pasal kalau pilihan kimia sintetik pun takada ubatnya untuk layu ini.
Punca dia sebenarnya banyak, kadang-kadang layu ni boleh disebabkan ulat pemakan akar, boleh disebabkan nematode, tapi lazim sangat ianya disebabkan oleh tanah atau medium yang tercemar. Macam mana nak beza, itu susah sikit, sebab kena tengok keadaan sekililing dan medium apa yang diguna, dari situ akan tahu punca. Yang ini, pengalaman akan ajar.
Sebab itulah, banyak kali kami terangkan konsep organik ni, kena cegah bukan rawat.
Cegah…Cegah…Cegah…
Jika dari awal kita cegah, takpayah la kita nak pening-pening lagi nak cari puncanya.
Berbalik pada layu tadi, medium atau tanah yang tercemar akan menjadi perumah kepada patogen, orang kampung senang faham bakteria jahatlah. Itu yang jadi layu, layu fusarium. Fusarium ini punca daripada kulat oxysporum yang masuk melalui akar. Seterusnya ia akan merebak ke dalam batang dan daun di mana spora oxysporum ini akan menyekat aliran air dan nutrien. Itu yang layu. Nama lain orang macam-macam panggil, ada yang sebut layu batang, reput batang, layu bakteria. Banyaknya lebih kurang sama saja.
—————————————————————————————————————————————
“Baru kawan faham….”
“Ok, kalau organik macam mana kawan nak rawat benda ni?”
Jawabnya, tiada. Nak cuba boleh tapi 50-50.
Cabut. Buang/bakar. Jika lambat nanti merebak satu kebun. Tak perlu sayang-sayang.
Kimia pun tak ada ubat. Yang ada hanya mencegah.
CARA CEGAH LAYU FUSARIUM
Mudah saja, rawat tanah. Ini langkah paling utama. Iaitu wujudkan jaringan mikrobes baik ditanah untuk mendominasi tanaman kita. Bila bakteria baik sudah dominasi ditanaman kita. Bakteria jahat tak boleh masuk. Itulah indahnya organik ni. Cara wujudkan dominasi, lazimi semburan bermikrobes seperti kitosan, em, faa, bacillus dan lain-lain.
Kalau tanam skala besar, nilai juga untuk ambil langkah tambahan nak bagi ampuh pertahanan kita jadi lagi kuat, dengan cara, 1. guna benih tahan penyakit, 2. sembur vitamin pokok berunsur nitrogen, 3. kawal populasi serangga (kerana serangga boleh jadi agen perebak kulat fusarium), 4. amalkan penggiliran tanaman, 5. cuci peralatan dan tangan bersih-bersih, 6. pastikan julat pH medium 6.2-6.5 .
SERUAN BERTUKAR KE ORGANIK
Jomlah, tak susah pun. Sihat badan, sihat pemakanan. Nak belajar menanam secara organik? Singgah Facebook kami @Hijau Khidir. Percuma saja bahan bacaan kami, tak kena bayar pun. Kat luar, pergi kursus organik beribu boleh habis. Kami ada juga jual input pertanian organik sikit-sikit sambil-sambil. Boleh dapatkan di shopee Hijau Khidir. Anda beli, bolehlah kami teruskan usaha mendidik masyarakat mengenai konsep ini.
Jika mahu baca pembacaan lanjut, boleh terus ke laman web kami di www.hijaukhidir.com.my, di sana kami ada menulis banyak artikel berkaitan organik.
Ringkasan infografik: