Cendawan Beracun, Langkah Mudah Kenalpasti

CENDAWAN

Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain.

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan.

 

CENDAWAN BERACUN

Semua cendawan adalah beracun dan menghasilkan toksin. Hanyalah kadar dan jenis toksin yang membezakan sama ada jenis cendawan tersebut mendatangkan mudarat kepada tubuh badan kita.

Terdapat 4 kategori toksin cendawan iaitu racun protoplasmik, neurotoksin, perengsa gastrousus dan toksin disulfiram. Toksin-toksin ini didapati dalam kadar dan kepekatan yang tinggi dan boleh menyebabkan kesan yang teruk kepada kita jika dimakan.

Antara tanda toksin cendawan dalam badan ialah seperti halusinasi, pening, mual dan cirit-birit. Ada juga kesan melibatkan masalah saraf, kegagalan buah pinggang, kerosakan hati  dan kematian.

 

Ciri Cendawan Bahaya

  • Insang putih- cendawan yang boleh dimakan berwarna merah jambu.
  • Topi merah terang- jika dimakan akan halusinasi.
  • Cincin pada batang
  • Selaput putih pangkal batang- jenis ini boleh membawa maut.

Seelok-eloknya, masaklah cendawan dahulu sebelum dimakan. Sesetengah toksin di dalam cendawan boleh dihapuskan jika dimasak dengan sempurna tetapi ia tidaklah menandakan bahawa semua cendawan beracun boleh dimakan walaupun setelah dimasak.

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search