“Akak Tanam Sayur, Baja Apa Ek Nak Pakai?”: Vegetatif & Pembajaan
Hari ini kami ke Pasar Tani. Tengok tengok harga sayur.
Memang kami ada rakan berniaga di sana. Biasannya mereka ni ada kebun sendiri. Lepas tu nak pasarkan senang, terus masuk jual ke pelanggan akhir, untung lebih. Dari tolak ke pemborong, selalu kena main harga.
Duduk duduk, tengok tengok. Lepas tetiba-tiba rakan saya ni buka cerita.
“Hari tu aku tengah menjual, ada seorang makcik ni sapa aku.”
“Dik, ni kebun adik punya ke?”
“Akak nak tanya, untuk jenis sayuran ni, baja jenis baca mana sesuai?”
“Pasal acik tengok sayuran dik sego sego”
Kata kawan saya dia pun jawab ala kadar je la, pasal ramai orang nak dilayan time tu.
————————————————————————–
Jika rakan kami malas nak jawab, hari ini kami tolong dia jawab kan…
Vegetatif & Pembajaan
Seperti ada diterangkan sebelum ini, fasa pokok umumnya kita pecahkan kepada 2 iaitu vegetatif, dan generatif.
Walaubagaimana pun, untuk kes jenis tuaian dedaun dan sayuran. Ianya sedikit unik. Hanya ada 1 fasa saja. Iaitu vegetatif. Ini kerana generatif untuk tuaian daun adalah vegetatif. Output akhirnya yang hendak dituai adalah dedaun juga.
Contoh seperti kebayakan sayuran bayam, sawi, salad, daun pandan, serai, kailan, kubis dan lain-lain. Semua ini hanya vegetatif.
Jadi, tak perlulah pening kepala nak pilih baja ikut pek cantik ke, bahan apa ke. Kalau ada tulis baja untuk daun atau unsur Nitrogen (N) tu, utamakan dulu. Lagi-lagi jika anda gunakan baja organik, yang kebanyakan sudah lengkap dengan pelbagai unsur tambahan didalamnya.
Nitrogen ini bukan hanya sesuai untuk jenis dedaun, tetapi ianya akan membesarkan, menggemukkan, melebatkan, menghijaukan dan menebalkan. Itulah tipsnya, daun yang terhasil untuk tuaian akan berat, gemuk, lebat, hijau dan tebal. Pasti petani kalau tuai akan suka, sayurnya berat, lebat, banyaklah duit boleh diperoleh.
Di Hijau Khidir, kami memang ada beberapa produk formulasi khas untuk tuaian daun, antara faa kayu edisi daun, em edisi daun, jakaba jamur dan baja azolla. Ini antara yang kami sarankan untuk pencari baja berunsur nitrogen.
Ringkasan infografik: