“Pokok Pak Cik Dah 3 Tahun, Tak Berbuah Pun!”: Generatif & Pembajaan

baja buah

Polemik paling lazim penanam tanaman jenis buah, adalah pokok tak berbuah.

Ada satu kes kelakar hari tu, berkenaan seorang ni. Dia kenalkan dirinya sebagai Ayob. Hubungi kami di platform shopee.

Katanya.

“Salam encik, Pak Ayob nak tanya la kan.”

“Pak Ayob ni tanam durian, maaf tanya ya.”

“Kenapa dah dekat 2 tahun setengah, hampir masuk 3 tahun, masih tak berbuah ya.”

Kami tanya balik, pak cik tanam dah berapa tahun, jenis durian apa.

Tanya punya tanya, sekali dapat tahu Pak Ayob ni tanam jenis durian yang 5 tahun baru berbuah.

Macam-macam.

————————————————————————–

“Memanglah tak berbuah lagi pak cik, dah belum masa” jawab kami ringkas.

Generatif & Pembajaan

Seperti ada diterangkan sebelum ini, fasa pokok umumnya kita pecahkan kepada 2 iaitu vegetatif, dan generatif.

Fasa pokok akan berbeza, sebab itu kena tahu. Macam kes Pak Ayob tadi. Dia tanam durian. Tempoh awal untuk berbuah paling awal pun awal tahun ke-4, itu pun kes khas dengan teknik tertentu. Kena tanya pakar durian. Kebiasaannya variati durian biasa mengambil masa 5-7 tahun.

Apabila kita sudah tahu fasa pokok itu sudah berada pada fasa generatif. Selepas kita kaji, tanya pakar. Baru kita boleh aplikasi baja berunsur Phosphorus (P) dan Potassium (K). Unsur ini yang sesuai untuk pokok ketika berada di fasa generatif. Orang kampung kadang-kadang panggil baja P sebagai penggalak akar dan K sebagai baja buah. Sama saja, nama je lain.

Unsur ini akan membantu mengguatkan, mencambahkan dan mencengkamkan akar bagi P. K pula mampu melebatkan, memaniskan, merimbunkan dan melekatkan bunga lalu menjadi buah.

Tindakan menggunakan baja yang salah pada masa yang salah hanya akan merugi penanam. Terutamanya pada tanaman berskala besar.

Di Hijau Khidir, kami memang ada beberapa produk formulasi khas untuk akar, antara cuka kayu edisi akar & tanah, faa kayu edisi akar & tanah, em edisi akar & tanah, kitosan dan baja seaweed. Bagi pembuahan pula, produk pilihan yang boleh diaplikasikan seperti em edisi buah & bunga dan faa edisi buah & bunga.

 

Ringkasan infografik:

generatif dan pembajaan buah

About Author /

Menceburi bidang pertanian sejak 2019, kini menumpukan usaha sepenuh masa dalam cabang organik samaada peternakan, perikanan mahupun pertanian.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Start typing and press Enter to search